Jom Follow...

Rabu, 21 Mac 2012

Cushion Cover Cik Ogy Putrajaya


Produk No.: CC001A
Saiz : 15" x 15"

Salam kepada semua, maaf kerana dah agak lama tak update dan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog ini.
Terima kasih kepada yang sudi telefon bertanya tentang produk sulaman reben di sini dan 
jutaan terima kasih kepada yang telah membuat tempahan.
Harap tak serik menempah lagi....


Kali ini saya nak kongsikan sulaman reben pada cushion cover tempahan Cik Fauziah yang memilih kain kusyen berwarna putih dan paten sulaman reben bunga ros seperti ini.  
Cushion cover ini bakal di gunakan di bilik pengantin di majlis perkahwinannya pada September ini.
Harap-harap hasil sulaman ini menepati citarasa Cik Ogy untuk majlis perkahwinannya.

Gambar close-up...





Jika berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi saya di 019-7611538 atau e-mail kepada yantizaini@yahoo.com.  Sila sebutkan Produk No. seperti yang tertera di bawah gambar pertama setiap entry di blog ini untuk  rujukan dan memudahkan sebarang urusan pertanyaan.

Khamis, 16 Februari 2012

Alas Meja Puan Najmin


Produk No. : TC006
Saiz : 35" x 35"

Assalamualaikum....
Dah agak lama menyepi dan ini adalah entry yang pertama untuk 2012, sebab kebelakangan ini saya lebih banyak menjahit baju dan langsir daripada membuat sulaman reben.  Sepanjang lebih sebulan di awal tahun ini, sempat juga saya menyiapkan beberapa sulaman reben, tapi semua tempahan mengikut paten dan material yang sama seperti entry yang lepas.  Jadi bila semua hasil sulamannya serupa seperti yang dah ada dalam blog, maka saya tak rasa nak ambil gambar...

Repeat order dari Puan Najmin kali ini adalah untuk alas meja bulat berdiameter 32", dengan paten yang sama seperti table runner tempahannya sebelum ini.  Cuma kali ini Pn Min minta saya kecilkan saiz  bunganya, jadi ini adalah cubaan pertama saya menggunakan reben satin saiz 3/4" dan 1/8" inci.  Banyak juga dugaan semasa menyulam reben saiz 1/8 inci ni, sebab halus sangat,  berkali-kali buka semula sebab nampak tak kemas.  Akhirnya inilah hasil sulaman saya yang tak seberapa ni....





Jumaat, 23 Disember 2011

Table Runner Pn. Badariah


Salam semua....
Kali ini saya nak kongsikan gambar table runner yang saya buat khas untuk Makcik Badariah dari Brunei.  
Sulaman yang agak ringkas untuk table runner ini saya siapkan pada saat akhir iaitu beberapa hari sebelum anak Makcik Badariah berkunjung ke rumah saya, jadi paten sulaman reben kali ini pun boleh dikatakan idea di saat-saat akhir juga.  
Inilah hasilnya table runner maroon untuk orang Berunei...


Produk No. : TR012
Saiz : 15" x 52"



 Saya sulamkan kudup bunga ros bersaiz mini pada kedua-dua sisi table runner untuk mengelakkan ianya kosong di bahagian tengahnya.  
Saya sangat suka dan kagum dengan idea sulaman kudup ros yang comel ini, yang asalnya ilham dari sulaman reben Kak Ina's Collection.

Close-up sulaman reben pink rose dan sweet little rose....








Khamis, 15 Disember 2011

Table Runner Pn Min.



Produk no : TR011
Saiz : 17" x 52"

Salam, apa khabar semua.  
Baru saja pulih dari sakit gigi selama lebih seminggu, terus menyiapkan tempahan on-line dari Pn Min  yang dah agak lama tertangguh.  Pn Min dari Batu Caves, memilih warna dan paten sulaman seperti ini, serta minta saya menambah lebih banyak bunga di bahagian tengah.  Jadi inilah hasilnya apabila di pasang di atas meja...


Gambar close-up sulaman di bahagian tengah dan hujung table runner.




Saya membentuk folded rose untuk bahagian tengah dan rosette rose untuk bahagian hujung table runner.  Untuk kemasan jahitan tepi kain, saya menambah sulaman french knot di sekelilingnya, menggunakan warna yang sama dengan tassel yang terpasang di kedua-dua hujung table runner.


Harap Pn. Min berpuashati dengan hasil sulaman ini dan tak serik untuk menempah lagi...:)  
Jika anda berminat untuk menempah, sila e-mail atau hubungi/sms nombor handphone saya.  

Selasa, 6 Disember 2011

Memang Minat Maroon...


Salam, apa khabar semua? 
Dalam mood cuti sekolah, lebih banyak masa untuk anak-anak dan keluarga, 
jadi tak banyak hasil sulaman yang dapat saya siapkan. 
Tempahan kali ini ialah alas meja makan berwarna maroon untuk 
ex-school+campus mate, Pn Hasni dari JB yang baru saja menyambut cahayamata yang ke-4.  
Pilihan warna kain dan warna bunga reben adalah pilihannya sendiri.  
Sulaman reben pada keliling meja sahaja, jadi bolehlah di letakkan cermin 
di permukaan atasnya nanti. 

Produk no.: TC005
Saiz : 56" x 80".


Memang Minat Maroon....
Waktu saya pasang alas meja ni pada meja kerja saya untuk sessi penggambaran, aduhai....laawaaanyaa...(perasaan sendiri la tu..), ish... tak jadi poslah macam ni! 
Tapi mana boleh, ini sahabat baik punya tau....!!
Emmm...nampaknya lepas ni nak kena buat satu lagilah untuk rumah sendiri.
InsyaAllah, kalau sempat.


Sulaman reben folded rose di setiap penjuru dan muka kiri/kanan, 
juga sulaman french knot untuk kemasan jahitan pada lipatan hujung kain 
di sekeliling alas meja. 


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila e-mail atau hubungi nombor saya.  
Untuk setiap produk yang saya buka untuk tempahan, 
saya letakkan Produk No. bagi memudahkan rujukan anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan dan tempahan. 
Anda boleh menempah mengikut warna pilihan sendiri, dan anda juga boleh mengirim kain yang anda beli sendiri untuk saya membuat sulamannya sahaja, 
jadi bolehlah berjimat. 

Sekian, akan menyusul lagi nanti...







Selasa, 8 November 2011

MatahariKu

Produk No. : MB003
Saiz : Diameter 6" x 13" panjang.

As salam...kembali semula selepas bercuti sempena Aidil Addha. 

Dah lama bercita-cita nak buat sulaman reben bunga matahari, kalau sebelum ni asyik geram tengok hasil tangan bloger-bloger otai sulaman reben, akhirnya kini Alhamdulillah dapat menyiapkan sepasang mini bolster bunga matahari untuk kakak ipar saya.  

Untuk percubaan pertama ini, saya merujuk hasil tangan Kak Ina's Collection.  Walaupun ianya tak sesempurna mana jika di bandingkan dengan hasil tangan Kak Ina, tapi seronoknya rasa hati tak dapat di gambarkan.  

Jom tengok gambar close-up sebelum di jahit :



Dah siap jahit, sedia untuk diletakkan di dashbord bahagian belakang kereta.








Selasa, 18 Oktober 2011

Table Runner


2 table runner yang baru saya siapkan baru-baru ni, yang berwarna gold saya siapkan untuk tempahan online dan yang berwarna cream adalah untuk koleksi sendiri.  

Produk No: TR006
Saiz: 15" lebar x 60" panjang.

Table runner di atas di tempah oleh Faedatul Nisa, dari Kg. Gajah Perak.  
Tempahan kali ini adalah susulan daripada tempahan sebelum ini, jadi warna bunga dan paten sulaman adalah sama seperti langsir yang mungkin telah siap di pasang di rumahnya.

Close-up table runner untuk Faedatul Nisa:



Table runner berwarna cream adalah hasil percubaan saya membuat table runner dalam saiz yg lebih lebar dari table runner biasa.  Sulaman bunganya juga lebih besar dan untuk kuntuman bunga rose saya  menggunakan teknik folded rose, supaya sulamannya nampak lebih timbul.  Saiz table runner ini boleh disesuaikan untuk meja kopi dan juga meja makan 6 tempat duduk.

Produk No: TR007
Saiz: 20" lebar x 68" panjang.

Gambar close-up:



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-7611538 atau e-mail: yantizaini@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...