Alas Meja RE untuk Pn. Mai.

Alas meja bersulam reben untuk meja sofa.
Produk Code: TC001
Ukuran: 59"x59"

Alas meja bersulam reben untuk meja makan 6 seater.
Produk Code: TC002
Ukuran: 59"x80".

Tempahan kali ini daripada Kak Mai, sepupu suami saya.  Walaupun dah agak lama membuat tempahan, tapi baru sekarang dapat di siapkan, sebab awal-awal lagi Kak Mai kata nak gunakan untuk hari raya, Alhamdulillah...menjelang bulan puasa, saya dah pun siapkan. 
Warna tema dan warna kain adalah seperti yang di kehendaki oleh
Kak Mai sendiri.  Paten sulaman pulak, nak yang simple dengan sulaman bunga yang kecil-kecil saja.

Gambar sudut pandangan dari penjuru meja:



Mulanya saya nak pasangkan frills pada sekeliling alas meja ni, tapi tak jadi sebab takut nanti nampak sarat sangat, kemudian semasa saya nak jahit jelujur macam biasa pada lipatan kain, datang pulak idea nak pasang manik bersekali dengan jahitan jelulur tu, alamak ter-rajin la pulak...tapi saya suka.
Harap-harap tuan punyanya pun suka....

Gambar close-up paten sulaman reben.



Ulasan

  1. Olá! Belíssimo seus trabalhos. Estou encantada em visitar seu Blog. Sou uma grande apreciadora e executora do bordado. Sempre busco novidades e quando visito Blogs com o seu vico maravilhada com tanta graças. Parabéns pelos trabalhos! Abraços, Algecira http://alcastrosantos.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hai, berapa harga untuk alas meja mcm ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular