Produk RE Tempahan Pn Nor Hidayah - Siri 2


Produk ketiga tempahan Pn. Nur Hidayah adalah
sulaman reben untuk sepasang sarung kusyen beserta sarung kotak tisu yang juga akan dijadikan
barang hiasan di dalam kereta.
Saiz sarung kusyen adalah 15" x 15" manakala saiz kotak tisu pula 12" panjang, 11" lebar dan 3.5" tinggi.


Beginilah hasil produk sulaman reben berupa kotak tisu yang saya reka khas untuk di sesuaikan dengan 
sarung kusyen Pn Nor. 


Ini pula adalah sarung kusyen daripada kain satin hitam dengan sulaman reben bunga ros kobis 
berwarna biru sepertimana yang diminta oleh Pn Nor.  


Gambar paten sulaman reben bunga ros kobis yang dah agak lama saya tidak praktikkan, 
dan berikutnya adalah gambar dari sudut tepi yang membezakan warna Light Blue dan Medium Turquoise. 




Ini pula gambar bunga ros kobis di bahagian tengah yang sangat menarik dari segi warna dan bentuknya, 
tapi sebenarnya tak mudah juga nak menyiapkannya.



Ribuan terima kasih kepada Pn Nor Hidayah kerana sudi menempah kesemua produk ini. 
Jika anda yang berminat untuk mendapatkan produk seperti ini, 
sila hubungi 019-7611538 atau melalui email yantizaini@yahoo.com.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular