RE di Baju Kurung Pn Iza


Tempahan menjahit baju kurung pahang beserta sulaman reben dari Pn. Iza.

Nak berkongsi cerita :
Mulanya rasa teragak-agak nak buat sulaman reben di baju kurung yang bercorak, namun saya gagahkan juga.  
Dan inilah hasilnya, sulaman reben di bahagian lengan yang menyerikan lagi baju kepunyaan jiran saya ini.



Saya sukakan kombinasi warna ini:   Peach, oren, maroon dan purple.



Dah ketandusan idea, 
akhirnya saya pasangkan bunga reben jenis ready made warna oren dan merah bata.
Bunga yang berwarna merah bata ini asalnya adalah warna oren juga, oleh kerana tiada warna lain yang sesuai, 
saya celupkan ke dalam pewarna fabrik warna merah, jadilah warna seperti di dalam gambar.
Tambah lagi dengan manik pearl putih, boleh tahan juga kan?





Ulasan

Catatan Popular