Isnin, 24 Januari 2011

RE Mini Bolster Kesayanganku.


Koleksi No. : MB01
Saiz :  Diameter 7” x panjang 13”.

Saya suka peluk bantal…. jadi terfikir nak cuba buat sulaman reben pada bantal peluk mini saya.  Nak  menyiapkannya agak lama juga, sebab nak mencuba buat sulaman pada  sekeliling permukaan sarung bantal ni.  Warnanya pulak, ikut suka hati sendiri…..

Inilah bantal peluk kesayangan saya, meriah dan berbunga-bunga dengan warna-warna kegemaranku.

Jom tengok gambar close-up…






Khamis, 20 Januari 2011

Set Sulaman Reben Ku.




Koleksi No : TR008
Saiz : 13" lebar x 60" panjang.

Ini adalah rekaan table runner yang sama paten dengan sarung bantal kusyen Lingkaran Kasihku seperti dalam entry sebelum ini, jadi boleh digayakan sekali di sofa ruang tamu.  Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa set lengkap ini....

Close-up gambar table runner.












Isnin, 17 Januari 2011

Sulaman Reben Lingkaran KasihKu.


Koleksi No : CC008
Saiz :  16” x 16”

Alhamdulillah, AKHIRNYA…… berjaya cipta paten sendiri!!!

Inilah hasil rekaan saya yang pertama untuk sarung bantal kusyen.   Wah, seronoknya tengok hasil ilham sendiri….tambah seronok bila tengok kombinasi warna pink  yang ala-ala english style gitu… 

Jom tengok gambar close-up sulaman bunga ros yang saya namakan 
Lingkaran Kasih  ni…. 










Jumaat, 14 Januari 2011

Sulaman Reben Cabbage Rose.


Dalam entry saya yang terdahulu,  teknik untuk membentuk bunga rose yang saya praktikkan di panggil teknik  wild rose, tapi  kali saya mencuba teknik cabbage rose pula.  Hasil teknik ini ternyata lebih menarik  walaupun ianya agak menguji kesabaran saya.  Paten sulaman ini pula saya mendapat inspirasi dari hasil tangan Pn. Zaliana (Ribbon Petals).   Dengan semangat yakin boleh, akhirnya siap juga 2 set sarung kusyen untuk adik ipar dan sepupu saya.


Koleksi No:  CC006 
Saiz : 16” x 16 “


Gambar close-up di bahagian lain:








Selasa, 11 Januari 2011

Table Runner RE Untuk Orang Kedah



Koleksi No. : TR02
Saiz:  60” panjang dan 13” lebar

Ini adalah hasil sulaman pada table runner yang saya siapkan untuk tempahan dari  kakak ipar yang baru saja siap mengubahsiuai rumahnya di Kedah.   Ini adalah sama seperti patan  kedua bagi table runner seperti dalam entry sebelum ini, cuma dalam versi warna yang  lain pula…. 

Gambar close-up:


Close-up hisaan bunga di bahagian tengah.






Ahad, 9 Januari 2011

RE Table Runner for my Special Friend.

Dah lebih dua tahun saya tak bekerja, tapi ex-officemate saya yang sorang ni tetap menganggap saya macam kakaknya sendiri dan hubungan kami dah macam adik beradik.  Uncle Rahman (panggilan manja anak-anak saya padanya) adalah seorng yang sangat istimewa kerana dia adalah lelaki paling kreatif pernah saya kenali.  Bertuah isterinya dapat suami yang boleh menjiwai hati wanita,  apa taknya, sebut saja apa pun kerja orang perempuan, semua dalam tangannya,  termasuklah bab menghias  rumah.   Bakat kreatifnya terbukti bila dia menempah dua table runner yang mana dia sendiri menetapkan warna kain dan warna reben  mengikut  warna tema hiasan dalaman rumahnya.…. tapi nasib baiklah dia percaya pada saya untuk menyulam dengan paten pilihan saya sendiri. 

Paten sulaman ini saya mendapat inspirasi dari blog Kak Ina (sulamanchanting) yang di ubahsuai (mengikut kemampuan diri yang tak seberapa ni…) dengan menambah sedikit hiasan manik  dan benang sulam.   Silalah tengok hasilnya…


Koleksi No. : TR01
Saiz     :  56” panjang dan 13” lebar.


Gambar Close-up:  


Close-up bahagian tengah.



Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah dengan pilihan warna kesukaan sendiri, silalah telefon atau pun e-mail, insyaAllah... saya akan usahakan hasil sulaman  mengikut apa yang anda hajatkan. 


Khamis, 6 Januari 2011

Table Runner RE PertamaKu

Kalau ada sofa tentulah ada mejanya.  Kalau sofa di hiasi dengan bantal kusyen bersulam reben, mejanya akan lebih berseri dengan table runner bersulam reben yang sama patennya.   Percubaan saya kali ini ialah alas meja / table runner yang sangat sesuai di gayakan di meja kopi atau meja makan. 


Gambar  berikut adalah sulam reben pada table runner hasil ilham saya sendiri ,  di  buat khas untuk  kakak ipar dan abang long sekeluarga yang baru berpindah rumah.  Rekaan  simple untuk percubaan pertamaku....


Koleksi No. :  TR010
Saiz : 60" panjang x 13" lebar

Gambar close up:

Sulaman pada dua hujung kanan dan kiri .




Hiasan di tengah. 


Gambar dari hujung meja: 






Rabu, 5 Januari 2011

RE - Susah Dahulu, Cantik Kemudian...

Sesuatu yang susah dapat adalah sesuatu yang bernilai, begitu juga dengan paten sulaman reben yang saya anggap agak mencabar ini. Dalam beberapa koleksi paten sulaman saya yang tak seberapa jumlahnya, ramai pula yang berminat dengan paten ini.

Gambar  yang ingin saya kongsikan ini adalah sarung kusyen yang di tempah oleh makcik suami saya.  Makcik Limah mahukan bunga ros berwarna merah terang, jadi pening juga saya nak memadankan warna yang sesuai untuk bunga-bunga lain.  Berkat dorongan suami dan gabungan idea kami, lihatlah hasilnya...


Koleksi No.:  CC005
Saiz : 16" x 16 "

Satu lagi ialah hasil sulaman sarung kusyen yang saya buat khas untuk mak saya. Mak telah sediakan kain  berwarna pink terang untuk di jadikan sarung kusyen, dan sekali lagi saya kena memerah otak untuk memadankan warna bunga reben yang sesuai dengan warna kainnya.  Setelah puas membuat suai padan, akhirnya siap juga sarung bantal pink ini.



Koleksi No. : CC005
Saiz : 16" x 16 "

Akhirnya saya membuat kesimpulan sesuatu yang susah di buat, itu lah yang cantik dilihat..


Isnin, 3 Januari 2011

My Ribbon Embroidery - Try and Error


Koleksi No. :  CC003
Saiz : 16 x 16 inci

Ini kisah sulaman reben saya yang ketiga. Paten sulaman ini adalah hasil inspirasi dari blogger Umisma (embroideredgift.blogspot.com).  Paten ini ada banyak bentuk bunga, jadi itulah saat-saat yang agak sukar dan kesabaran juga cukup teruji semasa mencuba semua teknik sulamannya.  Hampir seminggu juga nak siapkan, dan kain kusyennya pun dah hampir hancur saya kerjakan.   Di sebabkan rasa tak puas hati dengan hasilnya, jadi ada beberapa kali saya terpaksa buka dan buat semula sulamannya.  Akhirnya itulah dia, peringkat masih belajar ni mesti ada try dan error, bolehlah setakat jadi koleksi untuk rumah sendiri.....

Ahad, 2 Januari 2011

Order Pertama Sulaman Rebenku


Kokeksi No.  :  CC007
Saiz : 12 x 12 inci.

Alhamdulillah......sesuatu yang menjadi minat dan hobbi saya, dan kemudiannya cuma cuba-cuba saja, rupanya turut diminati oleh insan-insan di sekeliling.  Pertama kali melihat, kawan saya, Fadil terus menempah 5 sarung kusyen berukuran 16 x 16 inci untuk menyerikan sofa ruang tamu rumahnya.  Mulanya terkejut juga, tepi kemudiannya saya rasa seronok dan lebih bersemangat. My hobby become busy (to business).......Dan kemudiannya menyusul lagi tempahan dari jiran sekampung, Kak Asiah yang berminat pada paten sulaman yang sama, menempah sepasang sarung bantal berukuran agak comel (12 x 12 inci) untuk hiasan tempat duduk belakang kereta Perodua Viva barunya.

Selepas ini pesanan dari siapa pula ya?  Ehemm.... ada sesiapa berminat untuk menempah? Sila hubungi saya.....

Gambar close up  : 

"Saya Budak Baru Belajar".



Koleksi No.:  CC002
Saiz :  15 x 15 inci

Ramai insan di sekeliling saya bertanya: "Belajar menyulam dengan siapa?" Bila saya beri jawapan, ada yang mengerutkan kening, sebab jawapan saya ialah : "Belajar dari internet".  Eee....malunya saya, sebab biasanya bila kita belajar, mestilah berguru kan?  Tapi saya.......??  Belajar dari internet….., pun begitu dah....pandai-pandai buat sulaman sendiri.  Dan bila dah masuk bab pandai-memandai ni....maka hasilnya tentulah tak seberapa, tak kisahlah..... janji heppy!! 

Paten hasil sulaman reben saya yang kedua ini saya ambil contoh dari blog Pn Ann,  sebab pada ketika sulaman ini di buat, saya  umpamakan diri saya seperti budak baru belajar, jadi kalau salah tolonnggg..... tunjukkan ya?

Sabtu, 1 Januari 2011

Sulaman Reben Pertamaku




Koleksi No.: CC001
Saiz:  16 x 16 inci.

Segugus bunga ros di atas bantal kusyen.


Saya adalah peminat bunga ros, tak kira apapun warna dan jenisnya.  Bila menatap bunga ini, perasaan saya akan tenang dan gembira.  Hati saya pula akan rasa berbunga-bunga, tak kiralah berapa kali dan berapa lamapun saya menatapnya.  Bila dapat tahu bahawa reben satin bileh di bentuk sebegitu cantik hingga boleh membentuk bunga ros yang seakan asli, saya terus jatuh hati dengan sulaman reben ini.  Lalu terhasillah sulaman reben saya yang pertama ini.  Cuma satu percubaan yang tak seberapa dan kurang sempurna, tapi saya sangat seronok dan teruja sekali.

Untuk sulaman ini saya telah memanfaatkan semua material dari Kit Asas Sulaman Reben yang saya beli secara on-line dari Pn Ann, termasuklah jarum dan reben satin pelbagai saiz, kain, pemidang, benang sulam, penebuk lubang dan beberapa lagi material lain.  Manakala paten sulaman ini saya mandapat ilham dari hasil jahitan Mak Lang.  Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada dua insan hebat ini.

Bermulanya Dunia Baru Di Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Alhamdulillah, 2011 telahpun muncul seiring dengan kemunculan blog bernama JARUM EMASKU ini.  Assalammualaikum kepada semua pembaca catatan pertama blog ini.  TERIMA KASIH kerana memberikan sedikit masa anda membaca blog ini.

Wah.....macam tak percaya saya dah berjaya membuka blog khusus untuk berkongsi hobi dan kegemaran saya iaitu segala yang berkaitan dengan JARUM iaitu jahitan dan sulaman. 

Sulaman adalah satu bidang seni kreatif yang amat saya minati.  Sulaman reben dan manik pula masih agak baru dikalangan masyarakat kita, malah masih ramai yang belum mengenalinya. Saya berdoa semoga blog ini akan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi dengan ramai lagi rakan blog yang berbakat dan lebih berpengalaman dalam bidang ini.

Sulaman reben dan manik adalah seni kreatif  yang agak baru bagi diri saya. Semuanya bermula hampir setahun lalu apabila saya menemui laman-laman blogspot  milik insan yang amat berbakat  dan berpengalaman.  Saya sangat mengkagumi bakat seni Pn Ann (diariann.blogspot.com), En Sheik (serisulamanmanik.blogspot.com), Pn Zaliana (ribbonpetals.blogspot.com), Jahitan Maklang (jahitanmaklang.blogspot.com), Kak Ina (sulamanchanting.blogspot.com) dan ramai lagi.  Walaupun saya belum berpeluang untuk bertemu atau menghadiri kelas jahitan mereka (sebenarnya teringin sangattt...), namun boleh di katakan laman blog mereka telah menjadi satu keutamaan dan hampir setiap hari saya layari.
Hasil jahitan yang dipaparkan dalam blog mereka juga telah menjadi inspirasi pada sulaman yang telah saya hasilkan dan insyaAllah saya akan kongsikan dalam blog ini nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...