Ahad, 27 Februari 2011

Gubahan Hantaran - Siri 1





Gubahan hantaran kahwin sepupu saya.

Dah agak lama saya tak update blog ini, tak ada alasan lain selain dari sibuk menyiapkan tempahan.  Ketika ini saya sedang menyiapkan  tempahan sulaman reben  dan pada masa yang sama sepupu saya pula minta buatkan gubahan hantaran kahwin.  Tema Silver dan Hitam, akan di bawa ke majlis akad nikah pada  6 March 2011.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa gambar gubahan hantaran yang telah saya siapkan.  Sebahagian lagi masih belum siap, InsyaAllah saya akan update lagi dengan gambar gubahan hantaran siri ke-2. 




Isnin, 14 Februari 2011

RE dan Puteriku


Gaun RE untuk Puteri-puteriku, Nur Izzah Umairah dan Nur Ireen Qistina.

Satu hari, sedang saya asyik dengan RE, si kakak bertanya, “Bila mama nak habis kerja?"  Spontan saya jawab, “Mama nak siapkan yang ni dulu..., nanti mama buatkan untuk Izzah dan Adik pulak  ya?”  Habis  jawab, saya terus garu kepala, ish….ish…sulam reben apa pulak aku nak buat untuk budak-budak  ni??

Tapi sebulan selepas tu, saya berjaya siapkan gaun RE untuk mereka…..yang simple saja tapi saya suka!!…..anak2 pun suka!!! 

Gambar-gambar close-up pulak....










Khamis, 3 Februari 2011

Paten Terbaru Sulaman Reben Ku.


Koleksi No. : CC012
Saiz :  16” x 16”.


Sempena Cuti Tahun Baru Cina ini, saya ucapkan selamat bercuti untuk semua...... 


Saya nak kongsikan paten terbaru sulaman reben hasil ilham saya sendiri.  Paten sarung kusyen ini saya sengaja buat dalam dua versi,  sama paten cuma yang berbeza  ialah warna bunganya.....saja nak belajar dan cuba bermain dengan warna...

Tengoklah gambar close-up pulak....





Kepada sesiapa  yang berminat untuk menempah dari mana-mana paten dalam blog ni, boleh hubungi saya di email  yantizaini@yahoo.com

RE Mini Bolster Lagi..



Koleksi No. : MB02
Saiz :  Diameter 7” x panjang 13”.

Haii…..bantal pelukku, takkan satu je….kalau sepasang kan bagus?  

Teruja dengan hasil bantal peluk yang pertama, terus bersemangat nak buat satu lagi sarung bantal peluk.   Kata orang,  berdua lebih baik....tapi kali ini cuba  paten baru yang simple-simple  saja….bukannya apa, nak cepat siap…. ;)

Close-up sebelah kanan:

 Close-up sebelah kiri:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...