Selasa, 8 Mac 2011

Projek RE Belum Siap





Sulaman Reben untuk langsir tingkap.

Cerita projek belum siap ni bermula pada akhir Januari lalu, Kak June, kakak tiri saya yang sangat sukakan sulaman reben datang ke rumah dan serahkan selonggok kain satin berwarna  kuning terang yang siap dipotong dan berjahit tepi, iaitu 
untuk 2 set langsir pintu, 2 set langsir tingkap, 3 sarung kusyen, 6 chair back ,
 1 alas meja, dan set 6 penutup bekas kuih.   Bila tengok  semua tu, hati saya kata…bila boleh siap ni??....dalam fikiran pula membayangkan macamanalah agaknya  hasil projek ni, tentuya setiap sudut rumah Kak June nanti penuh dengan sulaman reben, yang sedondon pulak tu....  

Sekarang ni rasa tak sabar nak siapkan sebab nak tengok hasilnya….jadi sementara nak tunggu projek ni siap, saya kongsikanlah dulu beberapa gambar sulaman reben yang dah 50% siap ni…


Sabtu, 5 Mac 2011

Gubahan Hantaran - Siri 2




 Gubahan untuk bekas cincin dan barang kemas, lipatan kain telekung dan lipatan kain pasang.

Close-up gubahan lipatan kain telekung dan kain pasang.

Alhamdulillah....akhirnya dapat siapkan gubahan untuk 8 dulang hantaran majlis akad nikah sepupu saya.  Cuma gambar gubahan sirih junjung saja saya tak sempat nak ambil, insyaAllah saya akan dapatkan soft copy dari pengantin nanti.  So....enjoy the pictures....!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...