Sabtu, 25 Jun 2011

Sulaman Reben untuk orang Perak.


Sulaman Reben pada Langsir Pintu dan Tingkap.

 Alhamdulillah siap sudah tempahan untuk rakan facebook, Faedatul Nisa dari Kg Gajah, Perak.  Sulaman  pada warna kain satin berwarna lime green, yang pada mulanya nampak agak gelap, tapi bila dah bersulam dengan bunga reben warna gold dan oren pinang masak, nampak menyerlah sekali.  Harap tuan punya berpuashati....:))

Ukuran langsir:

1 meter untuk langsir tingkap 

2 meter untuk langsir tingkap. 


1 meter untuk 2 langsir pintu. 

Gambar close-up paten sulaman reben:


Rabu, 15 Jun 2011

Tempahan On-line dari Perak.


WIP Sulaman Reben untuk Langsir

Salam semua,  dah agak lama saya tak up-date blog, sibuk dengan urusan keluarga  dan bertambah sibuk di sepanjang cuti sekolah 2 minggu lepas.  Jadi buat masa ni belum ada hasil kerja untuk di kongsikan, cuma hari ini saya up-load gambar RE pada langsir yang baru 25% siap seperti gambar di atas.  Selain untuk mendapatkan komen dari yang membuat tempahan, saya juga mengalu-alukan komen anda yang sudi singgah di blog ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...