Sabtu, 23 Julai 2011

Alas Meja RE untuk Pn. Mai.

Alas meja bersulam reben untuk meja sofa.
Produk Code: TC001
Ukuran: 59"x59"

Alas meja bersulam reben untuk meja makan 6 seater.
Produk Code: TC002
Ukuran: 59"x80".

Tempahan kali ini daripada Kak Mai, sepupu suami saya.  Walaupun dah agak lama membuat tempahan, tapi baru sekarang dapat di siapkan, sebab awal-awal lagi Kak Mai kata nak gunakan untuk hari raya, Alhamdulillah...menjelang bulan puasa, saya dah pun siapkan. 
Warna tema dan warna kain adalah seperti yang di kehendaki oleh
Kak Mai sendiri.  Paten sulaman pulak, nak yang simple dengan sulaman bunga yang kecil-kecil saja.

Gambar sudut pandangan dari penjuru meja:



Mulanya saya nak pasangkan frills pada sekeliling alas meja ni, tapi tak jadi sebab takut nanti nampak sarat sangat, kemudian semasa saya nak jahit jelujur macam biasa pada lipatan kain, datang pulak idea nak pasang manik bersekali dengan jahitan jelulur tu, alamak ter-rajin la pulak...tapi saya suka.
Harap-harap tuan punyanya pun suka....

Gambar close-up paten sulaman reben.



Rabu, 13 Julai 2011

RE Bags for Ramadhan

Sulaman Reben pada Tote Bag dan Pouch Bag.


Salam...
Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan yang semakin menjelang tiba, 
saya baru saja menyiapkan tempahan 4 tote bag dan 2 pouch bag untuk keluarga dan rakan terdekat.  Mudah-mudahan mereka lebih bersemangat untuk berterawih dengan bag telekung baru 
yang bersulam reben...

Nak menyiapkan 6 paten sulaman reben dengan bunga yang berlainan ni memang agak 
menduga kesabaran, ada satu masa saya terasa macam dahmabuk reben pun ada. 
Tengok je la gambar ni, penuh meja kerjaku dengan reben-reben-reben.


Close-up 6 paten sulaman rebenku:


Sulaman reben untuk bag telekung Makcik Limah.


Sulaman reben untuk pouch bag Makcik Tumi.


Sulaman reben untuk bag telekung Mak Pah.


Sulaman reben bag telekung kakak saya, Pn Siti Latifah.


Sulaman reben untuk pouch bag Pn Mai.


Sulaman reben untuk bag telekung adik saya, Pn. Siti Aishah.

Selasa, 5 Julai 2011

Frame Sulam Reben En Fadzil

Sulaman Reben untuk Hiasan Dinding
Produk No:  WD001

Ini adalah hasil sulaman reben untuk hiasan dinding pertama saya
yang sepatutnya dah lama siap,
 tapi disebabkan satu jenis reben kehabisan stok, terpaksa buat pekasam dulu. 
Baca dan tengoklah kisah di sebalik tabir projek wall deco berkembar ni... 

Lakaran asal yang di lukis sendiri oleh En Fadzil yang membuat tempahan....


Terima kasih untuk en. suami yang tolong buatkan pemidang khas untuk projek ini,
siap spray dengan colour gold lagi.....


Tak mudah sebanarnya nak menghaslkan dua benda yang sama.....


Akhirnya.....Alamdulillah.....
(copy paste imej atas gambar wall deco dari mr. google.....)


Close-up sulaman rebenku..

Sulaman reben bahagian atas

Sulaman reben bahagian tengah

Sulaman reben bahagian bawah

Harap pengunjung blog ini memperolehi sesuatu dari perkongsian hasil kerja saya kali ini.
Ada pertanyaan dan komen?....Silakanlah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...