Khamis, 25 Ogos 2011

Set Lengkap Produk Sulaman Reben.


Telah pun siap tempahan terakhir sebelum Syawal, sulaman reben pada kain langsir untuk Puan Naim, jiran sekampung yang telah banyak membantu mengedarkan produk sulaman saya.  Sebelum ini Pn Naim telah pun memiliki versi kedua dari koleksi Lingkaran Kasih yang belum sempat saya kongsikan di blog ini, iaitu seperti gambar di bawah.....


Jadi sulaman reben kali ini telah melengkapkan set tersebut, iaitu satu table runner, 2 cushion cover dan satu langsir pintu.  
Kepada yang berminat untuk mendapatkan set lengkap produk sulaman reben mengikut tema pilihan anda seperti yang telah dimiliki oleh Pn. Naim, sila hubungi atau sms saya....

Close-up sulaman reben saya.








Ahad, 21 Ogos 2011

Set RE untuk Mak Mertua.


Sibuk menyiapkan tempahan orang lain, tempahan dari mak mertua kenalah juga di siapkan, kali ini saya kongsikan gambar set sulaman reben yang saya siapkan khas untuk mak mertua.  Saya sengaja buat lewat sebab nak pastikan warna sulaman bunga yang sama dengan warna tema langsir baru mak untuk tahun ni.  Akhirnya bila tema kuning jadi pilihan, maka inilah hasil sulamannya.



Set 5 sarung kusyen bersaiz 16"x16".


Alas meja kopi 4 (segi sama) berukuran 40" x 36".

Close-up gambar sulaman reben: 








Ahad, 14 Ogos 2011

Langsir RE untuk Mak


Alhamdulillah....walaupun kurang sihat di awal ramadan, dapat juga saya menyiapkan sulaman reben pada kain langsir mak.  

Sulaman reben 2 set langsir tingkap.

Sulaman reben 3 langsir pintu.

Gambar close-up sulaman reben yang tak seberapa untuk kali ini.
Menyulam dalam mood demam....:(






Khamis, 11 Ogos 2011

4 RE Cushion Cover Untuk Mak Pah.


4 RE Cushion Covers
Size: 16" x 16"

Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa. 
Di sini saya kongsikan hasil sulaman reben pada cushion cover yang ditempah oleh Mak Pah, dari Pontian untuk koleksi hari raya.  Saya dah siapkan sebelum puasa lagi, tapi baru sekarang dapat up-date dalam blog ini.  Bukannya sibuk, tapi kesihatan merosot sejak sehari sebelum Ramadan hingga hari yang ke-6, bila saya dah agak sihat, anak-anak pulak demam dan kemudiannya, en. suami pun tumbang sama....
dugaan di awal bulan puasa....

Close-up sulaman reben rose pink yang comel....;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...