Ahad, 21 Oktober 2012

Bag Telekung Sulam Reben - Siri 2



 Sulaman reben bag telekung Siri ke 2 adalah tempahan dari rakan-rakan dan 
saudara-mara Pn. June, Batu Pahat.  
Tempahan kali ini ada pelbagai saiz dan paten, seperti di bawah ni...


Ini adalah paten sulaman bunga reben dalam bakul yang seakan sama tapi tak serupa.
Saya juga menyiapkan tempahan 2 bag telekung ini pada masa yang berbeza. 
Tapi disebabkan paten ini seakan sama, jadi saya masukkan dalam satu entry...
bukannya apa, lebih mudah jika nak membuat perbandingan.


 Warna fabrik bag telekung ini nampak macam hitam, tapi sebenarnya ia adalah blue-black, 
sepertimana permintaan dari Pn. June...



Harap tak keliru dengan 2 paten sulaman reben yang di atas ini.
Paten ini adalah salinan dari 2 paten sulaman Bag Telekung Sulam Reben Siri 1,
 cuma warna rebennya adalah 100% pilihan Pn. June sendiri.  


 

Beginilah bila bag-bag ini di gayakan di taman orkid mak kami, 
yang pasti, saya sendiri sangat sukakan background gambar untuk entry kali ini....;)



Untuk pertanyaan, sila hubungi 019-7611538 atau e-mail yantizaini@yahoo.com


Sabtu, 13 Oktober 2012

Bag Telekung Sulam Reben - Siri 1


3 Bag Telekung Bersulam Reben.
Saiz: 14 inci tinggi x 15 inci lebar x 3 inci tebal. 

Tempahan daripada Pn. June, Batu Pahat dan Pn. Fiza dari Kota Tinggi.

Ini adalah percubaan kedua saya membuat sulaman reben bunga ros di dalam bakul, 
iaitu atas permintaan Pn. Jun yang meminta saya buatkan tiga kuntum ros besar 
dalam bakul, jadi inilah hasilnya.  


Paten kedua yang juga mengikut permintaan Pn. June, mahukan paten sama seperti  
sulaman cushion cover tempahannya dahulu.  
Cuma untuk bag telekung ini Pn. June mahukan bunga ros berwarna vintage.


Ini adalah bag telekung untuk Pn. Fiza dari Kota Tinggi, yang mahukan 
warna fabrik merah maroon dan sulaman bunga reben berwarna terang.


Close-up 3 paten sulaman reben untuk bag telekung.




Gambar hasil sulaman sebelum di jahit.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 019-7611538 atau e-mail yantizaini@yahoo.com.



Selasa, 9 Oktober 2012

Tote Bag Adik Siti Afifah



Tote Bag untuk adik Siti Afifah dan Adik Asma.
Saiz : 14 " tinggi x 15" panjang x 3" lebar.

Tempahan 2 tote bag bersulam reben ini adalah dari Pn. June, Batu Pahat 
untuk kegunaan anak kesayangan, Siti Afifah dan satu lagi untuk di hadiahkan kepada 
anak saudaranya, Adik Asma.



 Close-up sulaman reben folded rose 
yang merupakan paten sulaman reben ros dalam bakul yang pertama saya hasilkan. 



 "Mama nak buat bakul ea?" Anak saya pun mula sibuk bertanya bila tengok 
mamanya menganyam reben.  
"A'ah, dulu masa mama sekolah rendah, buat pakai kertas warna je...".  
"Ye ke? Nak buat jugaklah, mana kertas warna Ma?".  
Aduhai....kenala letak reben sekajap, layan anak-anak dulu...hahaha.

Akhirnya bila anak-anak dah puas hati, 
sambung semula menganyam reben dan jadilah bakul macam nie...
  




Selasa, 2 Oktober 2012

Alas Meja Pn Hasni - Siri 3



Sulaman reben yang di tempah  serentak dengan table runner dalam entry sebelum ini 
adalah alas meja berukuran 90cm x 90 cm.  Alas meja ini juga di tempah oleh Pn Hasni untuk ibunya.  
Warna kain yang sama dan paten bunga yang sama seperti Table Runner Pn. Hasni Siri 2.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...