Ahad, 30 Disember 2012

Produk RE Tempahan Pn Nor Hidayah - Siri 2


Produk ketiga tempahan Pn. Nur Hidayah adalah
sulaman reben untuk sepasang sarung kusyen beserta sarung kotak tisu yang juga akan dijadikan
barang hiasan di dalam kereta.
Saiz sarung kusyen adalah 15" x 15" manakala saiz kotak tisu pula 12" panjang, 11" lebar dan 3.5" tinggi.


Beginilah hasil produk sulaman reben berupa kotak tisu yang saya reka khas untuk di sesuaikan dengan 
sarung kusyen Pn Nor. 


Ini pula adalah sarung kusyen daripada kain satin hitam dengan sulaman reben bunga ros kobis 
berwarna biru sepertimana yang diminta oleh Pn Nor.  


Gambar paten sulaman reben bunga ros kobis yang dah agak lama saya tidak praktikkan, 
dan berikutnya adalah gambar dari sudut tepi yang membezakan warna Light Blue dan Medium Turquoise. 




Ini pula gambar bunga ros kobis di bahagian tengah yang sangat menarik dari segi warna dan bentuknya, 
tapi sebenarnya tak mudah juga nak menyiapkannya.



Ribuan terima kasih kepada Pn Nor Hidayah kerana sudi menempah kesemua produk ini. 
Jika anda yang berminat untuk mendapatkan produk seperti ini, 
sila hubungi 019-7611538 atau melalui email yantizaini@yahoo.com.



Ahad, 23 Disember 2012

Produk RE Tempahan Pn Nor Hidayah - Siri 1


Produk sulaman reben kali ini adalah tempahan dari Pn. Nor Hidayah dari Felda Adela, Kota Tinggi, Johor.  

Produk pertama,
sulaman reben bunga ros dalam bakul ini adalah untuk di framekan menjadi hiasan dinding. 
Ukuran frame sulaman adalah 17 x 17 inci.


Produk kedua,
sulaman reben untuk sepasang mini bolster yang akan dijadikan bantal perhiasan di dalam kereta.
Ukuran mini bolster ini adalah 13" panjang dan 7" diameter.


Produk ketiga tempahan Pn Nor akan saya upload dalam RE tempahan Pn Nor Hidayah - Siri 2,
dan berikut adalah gambar-gambar dari sudut lain yang sempat di ambil.



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi saya di 019-7611538 atau email yantizaini@yahoo.com.
Mulai 2013, anda berpeluang untuk mendapat harga diskaun dan produk sulaman percuma dengan membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak pada satu masa.




Ahad, 16 Disember 2012

Cushion Cover Hadiah Untuk Pengantin.


Sepasang cushion cover satin ungu bersulam reben adalah tempahan dari Pn. June (Batu Pahat, Johor) untuk hadiah perkahwinan rakannya.  Saiz kusyen adalah 16 x 16 inci, dan paten sulamannya pula sepertimana yang selalu di tempah oleh peminat no.1 sulaman reben saya ini.



Gabungan 3 warna bunga ros yang nampak menarik dan ceria ini adalah pilihan Pn. June 
yang sememangnya sukakan warna-warna yang terang dan ceria. 





Ahad, 9 Disember 2012

Bag Telekung Pn Wan Rahimah


Bag telekung berbentuk trapezium tempahan Pn Wan Rahimah Rasid dari Kuala Lumpur
bersaiz 16" tinggi, 14" lebar atas, 16" lebar bawah dan 3" tebal.  
Saiz bag ini muat untuk diisi dengan Al-Quran saiz besar. 



 Gambar di bahagian dalam bag yang berlapik kain cotton dan siap poket berzip di sebelah dalam.


Berminat? 
Sila hubungi 019-7611538 atau e-mail, yantizaini@yahoo.com



Ahad, 2 Disember 2012

Cushion Cover Pn Najmin



Repeat order dari Pn. Najmin dari Batu Caves, Selangor untuk melengkapkan set sulaman reben alas meja dan
 table runner Lingkaran Kasih yang di tempah sebelum ini.




Terima kasih kepada Pn. Najmin yang terus menyokong dan tak serik dengan hasil tangan saya.
Kepada yang berminat, sila hubungi 019-7611538 atau email yantizaini@yahoo.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...