Khamis, 31 Januari 2013

Cushion Cover Pn Lilidiana



5 cushion cover tempahan dari Pn. Lilidiana, Kuala Lumpur bersaiz 16" x 16".
Pn Lilidiana memilih paten sulaman reben Lingkaran Kasih dengan warna ros merah terang yang 
nampak hidup di atas kain berwarna silver cerah.
Pilihan warna renda hitam di sekeliling sarung bantal menaikkan lagi seri sulaman reben ini.



Sarung kusyen beserta kotak tisu untuk hiasan di ruang tamu Pn. Lilidiana.
Terima kasih di atas kesudian Pn Lily membuat tempahan ini.



Jika anda juga berminat menempah produk sulaman reben mengikut warna tema pilihan anda, 
sila hubungi 019-7611538 atau email yantizaini@yahoo.com



Rabu, 23 Januari 2013

RE Pn Lilidiana


Salam Maulidulrasul,
Selawat dan Salam kepada junjungan kita Muhammad Rasulullah s.a.w. yang dikasihi.

Sedang menyiapkan sulaman reben untuk Pn. Lilidiana dari KL.
Disebabkan dah beberapa kali sya cuba e-mail gambar ini kepada Pn Lili tapi tak berjaya, 
jadi saya upload gambar ini di sini untuk tatapan Pn Lili yang nak tahu perkembangan RE 
untuk 5 sarung kusyen tempahannya.
Harap gambar ini dapat membantu.

Isnin, 14 Januari 2013

Bag RE untuk Cikgu Ummi dan Liza


Bag Telekung untuk Cikgu Ummi dan Bag Kosmetik untuk Cikgu Liza 
sempena permulaan sessi persekolahan 2013.  


Saiz Bag Kosmetik ialah 10" panjang, 7" tinggi, dan 3" lebar.  
Bag ini juga amat sesuai untuk dijadikan bekas alatulis untuk kegunaan harian guru-guru di sekolah.

Close-up paten sulaman dan warna bunga reben:


Isnin, 7 Januari 2013

Bag Telekung Cik Nurul



 Bag Telekung tempahan dari Cik Nurul dari Bangi, Selangor.
Tempahan 2 bag ini adalah untuk dijadikan hadiah kepada ibu dan bakal ibu mertua.
Paten dan warna pilihan Cik Nurul adalah seperti gambar di bawah.


 

Setelah dua bag ini selamat sampai kepada Cik Nurul, rupanya ada kekeliruan tentang pilihan paten 
yang berpunca dari saya sendiri.  Saya salah faham dengan paten dan warna bunga reben yang Cik Nurul pilih, 
jadi saya kenalah siapkan satu lagi bag mengikut paten sebenar seperti yang diminta Cik Nurul,
iaitu paten sulaman seperti gambar di bawah ini.
  

Maka bag yang bersulam reben paten di bawah ini telah di kembalikan kepada saya semula.   
Ribuan maaf di atas kesilapan ini ya Cik Nurul...


Selasa, 1 Januari 2013

RE Vintage Ros 2012



Alhamdulillah....
Di sepanjang tahun 2012 bermacam-macam paten dan warna sulaman reben yang telah 
saya hasilkan untuk memenuhi tempahan mereka yang sudi menempah. 

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan, kadang-kadang saya tak berekesempatan untuk 
upload sebahagian gambar hasil sulaman reben di blog ini.
Jadi di sini saya kongsikan beberapa gambar koleksi paten sulaman reben yang sangat saya minati 
kerana gabungan warnanya yang lembut, namun nampak menyerlah  bila di sulam 
pada kain berwarna cerah.

Jom layan gambar...





  


Semoga terus diberi kekuatan dan dikurniakan kesihatan untuk menghadapi 2013, 
insyaAllah...akan cuba menghasilkan sulaman reben yang dapat 
memenuhi  permintaan semua pelanggan yang amat saya di hargai.
Ribuan terima kasih di atas sokongan anda...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...