Jumaat, 29 Mac 2013

Baby Set Pn. Lilydiana


Repeat order dari Pn. Lilydiana, Shah Alam, Selangor.
Kali ini menempah sulaman reben untuk set bayi iaitu sarung tilam, 
2 sarung bantal dan 2 sarung bantal peluk sebagai persiapan menyambut kelahiran anak kedua.


Saiz sarung tilam : 30 x 40 inci
Saiz sarung bantal : 10 x 14 inci
Saiz sarung bantal peluk : 8 x 19 inci


Kesemua paten sulaman, warna bunga dan renda mengikut pilihan Pn. Lily, 
yang mana hasilnya nampak sangat meriah, cantik dan comel.  

Close-up gambar paten sulaman:

 Paten sulaman untuk dua belah kiri dan kanan bantal,
dan paten yang sama ini untuk dua hujung bantal peluk

Paten sulaman untuk empat penjuru sarung tilam, 
yang mana di bahagian tengahnya di biarkan kosong untuk keselesaan bayi.
Gambar sulaman di dua penjuru sarung tilam seperti di bawah.


Close-up dari sudut lain:




Di bawah ini pula adalah satu lagi set bayi yang turut di tempah oleh Pn. Lily.


Set kedua ini adalah set bayi tanpa sulaman reben yang sangat ringkas dan comel.
Saya sukakan gabungan warna kain dan  renda yang lain dari yang biasa kita lihat, 
iaitu kain berwarna turqoise dan renda berwarna biru cair.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, 
sila hubungi 019-7611538 atau e-mail : yantizaini@yahoo.com


Ahad, 24 Mac 2013

Pin Brooch Rosette Rose - Siri 3


Tempahan 50 pin brooch rosette rose dari Pn. Norhayati dari Muar.
44 pcs berwarna maroon, 2 warna merah dan 4 warna lain untuk di jadikan sample.


Saiz rosette ros : Diameter 2 inci (4-5 cm)
Saiz pin brooch : 2 cm (syiling 10 sen)



Jumaat, 22 Mac 2013

Pin Brooch Rosette Rose - Siri 2


Menerima tempahan pin brooch rosette ros dari Pn Latifah dari Johor Baharu.
Tempahan kali ini sebanyak 40 brooch dengan 6 pilihan warna.


Gambar di dalam kotak sebelum di poskan.


Close-up pin brooch dari pandangan sebelah tepi, dan gambar di bawah 
adalah bentuk rose dari sebelah atas
  

Jika berminat membuat tempahan, sila hubungi 019-7611538 atau email yantizaini@yahoo.com


Khamis, 14 Mac 2013

Set RE Pn Juhara


Tempahan dari Pn Juhara, dari Kudat, Sabah.  
Pn Ju memilih paten sulaman reben Lingkaran Kasih, kain berwarna silver, 
bunga ros warna turqoise, cream dan pink,
untuk dipadankan dengan warna temanya iaitu warna biru. 

Sepasang sarung kusyen sulam reben bersaiz 16 x 16 inci.

Dua pasang pengikat langsir bersulam reben, 
yang berukuran 23 inci panjang dan 5 inci lebar .

Sarung kotak tisu yang saya reka khas mengikut paten sulaman Lingkaran Kasih,
 muat untuk kotak tisu saiz besar.

Table runner sulaman reben Lingkaran Kasih bersaiz
58 inci panjang dan 15 inci lebar.

Ukuran table runner yang sememangnya panjang ni selalu memeningkan saya ketika mengambil gambar.
Itulah sebabnya mengapa sebelum ini ada kalanya saya tak dapat ambil gambar penuh table runner.
Tapi tidak pada kali ini, 
gambar di atas akhirnya berjaya saya ambil, itupun dengan berdiri di atas kerusi.

Gambar close-up paten Lingkaran Kasih untuk pengikat langsir.  
Tempahan dan juga hasil pertama sulaman reben pada pengikat langsir.
Sebelum ini pernah bercita-cita nak buat sepasang untuk rumah sendiri, tapi sampai sekarang belum tercapai.

 
Inilah gambaran terakhir produk RE untuk Pn Juhara.
Mujur sempat ambil gambar sebelum di bungkus dengan plastik dan kemudiannya di balut  pula dengan kertas. 
Semuanya berlipat kemas di dalam kotak khas, untuk mengelakkan agar ianya tidak terlalu padat dan tidak terlalu longgar.  

Macam-macam boleh terjadi sewaktu dalam penghantaran, maka inilah ikhtiar saya untuk 
memastikan produk ini sampai kepada pelanggan dalam keadaan yang terbaik. 

Berminat untuk membuat tempahan, 
sila hubungi 019-7611538 atau e-mail kepada yantizaini@yahoo.com



Khamis, 7 Mac 2013

Cushion Cover Pn Zunita


6 sarung kusyen bersulam reben tempahan dari Pn. Zunita dari Batu Pahat.
Kain satin bewarna ungu nampak sangat memarik dengan sulaman berwarna kuning, 
oren , cream dan sedikit campuran warna pink.
Kesemua warna ini adalah pilihan Pn. Zunita, sama seperti cushion cover untuk pengantin 
dalam entry pada 16 Disember 2012.

Gambar close-up cushion cover bersaiz 16 x 16 inci:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...