Selasa, 28 Mei 2013

Sulaman Manik untuk Pn Liza Ariff


 Sulaman manik atas permintaan kawan terdekat saya, Pn Liza untuk baju kurung moden bersulam kerawang benang perak buatan Indonesia yang berlatarkan warna kuning terang.  
Saya sulamkan manik tali air membentuk bunga biru dan pink, batang dan daun hijau mengikut corak bunga sulam kerawang, 
menyerlahkan lagi seri baju ini yang akan di pakai pada majlis perkahwinan adik Pn. Liza. 


 Bagi diri saya, sulaman manik memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi,
dan saya selalu tak punya kekuatan untuk seni jahitan ini.  
Namun kali ini saya tabahkan hati dengan memulakan sulaman pada minggu akhir bulan Mac lalu, 
dan menjahitnya secara on-off  hinggalah akhirnya, Alhamdulillah siap pada minggu ini.


Tempahan  ini beserta dengan sulaman manik untuk baju melayu anak-anak Pn Liza.
Saya sulamkan manik ringkas pada bahagian tulang leher, dan sebelah atas poket.


 Gambar close-up sulaman manik di bahagian leher dan poket atas.  


Akhir sekali, nak cerita ni, pssst....
2 kali jarum saya patah ketika menyulam di bahagian tulang leher baju-baju ini, 
hehehe!!
Apapun, terima kasih banyak ya Lieza.........

Jumaat, 24 Mei 2013

Bed Runner Pn Razmah


Kali ini saya paparkan gambar sulaman reben pada bed runner yang di tempah oleh Pn. Razmah 
untuk majlis perkahwinan adiknya di Seberang Perai, P.Pinang pada 1hb Jun.


Tempahan sulaman reben ini berdasarkan idea seperti table runner Pn. Najmin cuma Pn. Razmah minta saya tambahkan dengan bunga-bunga reben berwarna emas untuk dipadankan dengan cadar berwarna cream dan tema bunga warna emas untuk bilik pengantin adiknya nanti.


Gambar sulaman reben dari jarak dekat.


Terima kasih banyak kepada Pn. Razmah di atas tempahan ini.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-7611538 atau e-mail kepada : yantizaini@yahoo.com 




Rabu, 15 Mei 2013

Menyertai Pameran & Jualan



Karnival Reka Cipta dan Teknologi di Institut Perguruan Guru Kampus Batu Pahat.


Pada 8 dan 9 May yang lepas saya menyertai pameran dan jualan sempena Karnival RCT 
di Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Batu Pahat. 
Pameran selama 2 hari ini adalah atas undangan dari Pn Norziha, Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup
yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Batu Pahat.

Ini merupakan pengalaman pertama menyertai karnival jualan, jadi dalam tempoh 3 minggu saya 
agak kelam-kabut untuk menyiapkan pelbagai produk yang kesemuanya berasaskan 
reben dan sulaman reben. 
Alhamdulillah  dengan bantuan dan galakkan oleh Pn Norziha, serta dibantu oleh anak saudara ipar 
yang sangat tekun mempelajari sekaligus menyiapkan produk RE, akhirnya semua berjalan dengan lancar.





3 Gambar di atas menunjukkan kawasan meja pameran yang agak sarat dengan produk RE.

Ini adalah beberapa bag kosmetic yang sempat saya siapkan.

  Ini pula bekas pensil pelbagai warna yang di siapkan oleh Cik Nur Hidayah, anak saudara saya.
Gambar di sebelah kanan pula adalah 2 sulaman reben yang saya siapkan untuk hiasan dinding atau RE frame.

Gambar close-up sulaman reben untuk hiasan dinding.

Gambar penanda buku pelbagai warna yang di ilhamkan oleh Pn Suzana Mustafa yang sangat menarik.
Ternyata hasil perkongsian online tutorial oleh Pn Ann mendapat sambutan dan perhatian pengunjung karnival ini.  

Gambar sebelah kiri yang di dalam bakul adalah pin brooch bunga reben pelbagai bentuk dan warna. 
Flayer dan business card saya yang tak seberapa pun ada dalam gambar di sebelah kanan. 


Gambar sebelah kiri :
 Baju kurung dan kurung pahang bersulam reben koleksi sendiri untuk di pamerkan sahaja.

Gambar sebelah kanan :
 Sebahagian pin brooch bunga reben pelbagai warna  yang sempat di siapkan atas bantuan anak-anak saudara lain termasuk Nur Hidayah yang tak lepas peluang menggayakan pin brooch buatannya sendiri di sepanjang masa karnival ini.

Ribuan terima kasih di atas jasa baik Pn Norziha yang menjemput kami menyertai karnival ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...