Ahad, 30 Jun 2013

Frame Sulam Reben untuk Asma - Siri 2


Siri kedua tempahan sulaman reben untuk hiasan dinding oleh Asma dari Putrajaya.
Ukuran : 18 x 18 inci



Idea dan pilihan warna reben adalah dari Asma sendiri, berdasarkan gambar ini:


Ribuan terima kasih kepada Asma atas kepercayaan dan kesudian menempah sulaman reben saya.


Khamis, 20 Jun 2013

Set RE untuk Cikgu Yati


Tempahan set sulaman reben untuk ruang tamu oleh Cikgu Yati dari Shah Alam, Selangor.
Jenis fabrik, warna tema dan paten sulaman reben sama seperti yang pernah saya buatkan 

 4 sarung kusyen bersaiz 16 x 16 inci

Coffee table runner dengan saiz 15 inci lebar x 60 inci panjang.


Sarung kotak tisu yang boleh di sesuaikan untuk saiz kotak tisu biasa 
hingga jenis kotak tisu 200 helai.


Terima kasih kepada Cikgu Yati di atas tempahan dan kesabaran menunggu 
tempahan yang terlewat siap ini.


Isnin, 17 Jun 2013

Frame Sulam Reben Pn Asma - Siri 1


Tempahan sulaman reben untuk hiasan dinding daripada Asma, 
kakitangan Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
Ukuran : 16 x 16 inci
Hiasan ini adalah untuk dihadiahkan kepada tetamu VIP.


Pandangan dari sebelah kiri (gambar atas) dan sebelah kanan (gambar bawah)



Gambaram keseluruhan dan di bawah ini adalah gambaran 
sulaman reben ini jika telah siap di framekan. 
(pinjam gambar frame dari mr. google)


Selasa, 4 Jun 2013

Cushion Cover Pn Nor Rapiza


Set cushion cover bersama tissue box cover tempahan Pn Nor Rapiza dari Selangor.
Bunga ros merah cili dengan kombinasi bunga kecil warna pink dan purple menjadi pilihan Pn Piza.


Ukuran sarung kusyen adalah 15 x 15 inci.



Bunga ros separuh kembang ini adalah item tambahan yang diminta oleh Pn. Piza 
dalam tempahan set kusyen hiasan ini. 


Sarung kotak tisu yang saya reka khas untuk Pn. Piza.
Sulamannya tak terlalu sarat untuk disesuaikan dengan paten sulaman pada sarung kusyen. 
Terima kasih banyak kepada Pn Piza yang sabar menunggu saya siapkan tempahan ini.  
Harap tak serik menempah lagi...


Jika berminat untuk menempah dan membuat sebarang pertanyaan, 
sila hubungi 019-7611538 atau email kepada yantizaini@yahoo.com



Sabtu, 1 Jun 2013

Baju Kurung Sulam Reben 2013


Menjelang raya 2013, saya ingin kongsikan satu lagi paten sulaman reben yang sesuai 
untuk baju kurung pesak dan juga baju kurung pahang.  
Ilham paten sulaman dari segi susunan bunga reben ini saya perolehi 
dari paten kain bersulam manik yang banyak terpapar di kedai-kedai kain online.  
Saya memilih paten ini kerana ianya tidak terlalu sarat dan juga sesuai di pakai oleh mereka yang bertudung.


 Gambar di sebelah kiri adalah baju kurung pesak kepunyaan Pn. Liza Ariff  yang menghantar kepada saya 
baju polos berwarna coklat bersama kain batik Indonesia untuk disulam dengan bunga reben.  
Baju ini adalah untuk dipakai pada majlis pernikahan adiknya.

Gambar di sebalah kanan adalah baju kurung pahang koleksi sendiri sebagai sample 
kepada yang berminat untuk membuat tempahan.   
Baju ini saya juga telah saya pamerkan di gerai pameran karnival jualan yang saya sertai 
pada awal bulan lepas.


Warna latar baju kurung Pn. Liza kali ini agak gelap,
jadi saya sulamkan bunga reben berwarna terang untuk menaikkan serinya.  
Ternyata Pn. Liza amat berpuashati dengan hasil sulaman ini.


Warna latar baju dari kapas ini adalah warna kegemaran saya.  
Untuk tidak mahu nampak terlalu sarat, saya hanya membuat susunan bunga reben 
yang agak jarang berbanding paten asal sulaman reben ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Pn. Liza Ariff di atas tempahan ini.
Kepada yang berminat dengan paten ini, tempahan masih dibuka sehingga akhir bulan ini.

Suka dan nak tempah? Sila hubungi 019-7611538

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...