Sabtu, 26 April 2014

Set Mini Bolster Cik Tini


 Tempahan sepasang mini boster dan sarung kotak tisu oleh Cik Tini dari Perak.
Set sulaman reben  ini akan di gunakan untuk hiasan kereta, jadi Tini memilih paten bunga dan warna seperti tempahan Pn Nor Hidayah.





Terima kasih kepada Adik Tini atas tempahan, kini dah siap untuk di poskan ya...

2 Frame Sulam Reben Pn Masitah



Ini adalah beberapa gambar yang tak sempat saya muat naikpada entry yang lepas.
2 paten sulaman reben untuk dijadikan hiasan dinding tempahan oleh Pn Masitah dari Terengganu.
Gambar dari arah depan, sisi kiri dan kanan.




 Ini pula gambaran jika telah siap di framekan...








Selasa, 22 April 2014

Frame dan Table Runner Pn Masitah


Baru saja menyiakan tempahan oleh Pn. Masitah, dari Kemaman, Terengganu.
Terima kasih kepada Ctah kerana sudi menempah, moga tambah berseri rumah Ctah ya...


Brooch Kreatif



 Tempahan kedua oleh Nik, 2 jenis brooch kreatif yang dibentuk daripada kain.
Kuantiti tempahan 200 pcs, iaitu 100 pcs untuk setiap jenis brooch.



Brooch kali ini termuat di dalam 2 kotak di mana setiap satu kotak mengandungi 2 jenis brooch 
dan telahpun di pos ke dua destinasi berbeza, KL dan Kelantan.


Ribuan terima kasih kepada Nik di atas tempahan ini,
semoga perniagaan anda success selalu.

Kepada yang berminat, sila sms, wassup atau call ya....019-7611538
e-mail pun boleh......yantizaini@yahoo.com

Brooch Bunga Reben


Tempahan brooch bunga reben oleh Nik dari KL.
Kuantiti tempahan 100 pcs, pelbagai warna.


Untuk tempahan seperti ini, saya sediakan kotak  lut sinar dan berlapik foam di dalamnya.
Satu kotak muat untuk 50 pcs brooch.


Jika anda adalah peniaga tudung dan aksesori wanita, 
saya sedia terima tempahan secara borong
untuk brooch bunga reben, brooch reben dan juga brooch kain.
Harga bergantung kepada kuantiti tempahan.

 Berminat, sila hubungi 019-7611538 (call, sms, wassup)

Gubahan Hantaran - Siri 1: 2014

Satu perkongsian tentang gubahan hantaran pertunangan anak saudara saya pada Februari lepas. 



 

Untuk gubahan ini, saya sengaja nak kongsikan kepada anda hasil tangan mak kami yang sangat kreatif,
di mana mak telah menghasilkan bunga ros kertas untuk hiasan gubahan ini.  

Sekarang ni susah nak jumpa bunga ros kertas zaman dulu-dulu ni kan....adik saya kata,
"Mak kite jer ade..."

Dan yang paling jarang ditemui ialah seni gubahan di bawah ini...
Cuba teka apa isi di dalam buah emas berduri ini?


Pn. Rasimah - menjadi mak kami sejak tahun 2008 bila mana beliau menjadi isteri ayah kami setelah mak kandung kembali ke Rahmatullah.
Sejak mengenali mak, banyak perkongsian idea dan komen dari mak dapat saya manfaatkan dalam menghasilkan produk sulaman reben. 

Kembali kepada gambar terakhir yang saya kongsikan, orang dulu-dulu membuat bunga telur 
dengan membungkus telur rebus di dalam kelongsong telur yang telah
digubah menjadi sarung berduri seperti itu untuk mengelakkan telur daripada mudah pecah.
Tapi isi dalam gubahan tersebut bukannya telur.  Ianya adalah gula-gula...menarik kan..?

Point penting di sini, 
saya sendiri tak pernah tahu bahawa orang kita mempunai warian seni gubahan seperti itu 
hinggalah mak hadir dalam keluarga kami.
"Terima Kasih Mak".

p/s: saya cuma tukang pasang bunga kertas yang warna kuning dan pink tu aje....heee...



Alas Meja Mak - Siri 2

Bunga Matahari - Tema sulaman reben alas meja kedua mak.
Juga bakal menghiasi meja makan bujur 6 kerusi di rumah keluarga kami, 
alas meja ini masih belum di pasang renda ketika saya mengambil gambarnya.

Gambar keseluruhan sulaman reben bunga matahari yang menggunakan hanya satu saiz reben, 1/4 inci.

 "Akak sakit pinggang nak siapkan ni dik...huhu"
Demi mak, kugagahkan jua...dan mak jugalah yang menentukan warna dan saiz bunga matahari ini.



Alas Meja Mak - Siri 1

Assalamualaikum...

Setelah beberapa bulan meninggalkan blog ini bersawang, dan setelah sekian ramai yang bertanya,
kini saya kembali lagi dengan gambar-gambar hasil sulaman reben yang sedia beratur untuk di muat naik.

Maaf, maaf dan ribuan maaf kepada yang telah menempah dan telah menerima hasil tempahan,
 tapi terpaksa menunggu lama untuk melihat nama dan produknya tercatat di blog ini.
"Akak sibuk la dik..." 
Itulah bait kata popular yang selalu di guna pakai, termasuklah saya sendiri....hehe.

Saya dahului dengan gambar alas meja yang saya buatkan khas untuk mak tersayang.  
Mak kami sememangnya seorang yang ceria dan kreatif. Jadi maklah yang telah memilih
warna kain dan warna bunga reben untuk alas meja ini.


Sebenarnya alas meja ini untuk meja makan 6 kerusi, harap abaikan apa saja yang anda nampak
di sekitar alas meja dalam gambar ini ya...Sila fokus pada alas meja tu saja tau..hehe..
Saya terpaksa ambil gambar dengan menggunakan meja sofa atas sebab alas meja ni belum di pasang renda lagi, 
jadi untuk sessi menggambar ni, saya gunakanlah dulu meja sofa yang ada...

Inilah sulaman bunga reben yang memenuhi keliling alas meja.
Nampak meriah kan...

Pandangan dari satu sudut meja.

Berikut ini gambar dari dekat 3 jenis paten bunga reben warna oren dan pink terang.
Cuci-cuci mata..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...