Khamis, 30 April 2015

Sulam Reben Baju Cikgu Najmin


Sulaman reben pada baju kurung moden milik Cikgu Najmin dari Cameron Highland.

Memilih paten sulaman reben yang ringkas sahaja, jadi saya tambah dengan sedikit sulaman manik.
(Maaf, kualiti gambar kurang baik kerna saya ambil gambar ini pada waktu malam)

Warna reben yang menjadi pilihan adalah ungu,
jadi saya gunakan dua tone warna ungu iaitu ungu magenta dan ungu lavenda seperti dalam gambar ini.

Maaf jika ada kekurangan dan terima kasih di atas tempahan.

Hubungi Kak Yan / Yanti untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:
019-7611538

Isnin, 20 April 2015

Hantaran Perkahwinan 17 April 2015

Latiff dan Fiffi
17 April 2015

Sedikit perkongsian gambar gubahan hantaran untuk Majlis Walimatul Urus 
adik bongsu kami.

Telekung digubah bersama bekas barang kemas.

Blueberry cheese tart yang di tempah khas termasuk tart yang di bentuk menjadi bakul.

Gubahan kain pasang menjadi bentuk senaskah buku 

Bag tangan dan gubahan sejadah bersama kain pelikat.

Alhamdulillah....selamat di ijabkabulkan.

 Kami bersama mak dan pengantin bergambar setelah selesai majlis pernikahan.
Semoga Latiff dan Fiffi berkekalan hingga ke Jannah....amin.


Jumaat, 10 April 2015

Sarung Kusyen Pengantin - Pn. Rini


Sepasang sarung kusyen sulam reben yang ditempah oleh Rini dari Negeri Sembilan 
untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat baiknya.


Paten sulaman Lingkaran Kasih dan di tambah dengan sulaman benang yang membentuk huruf awalan pasangan pengantin.


Terima kasih kepada Arni Norini atas tempahan ini.

Berminat untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:

Kak Yan / Yanti : 019-7611538





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...