Isnin, 28 September 2015

Bag Telekung Pn. Liza


2  bag telekung tempahan Pn Liza dari Selangor.
Tempahan paten sulam reben   yang seakan sama adalah 
untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk 
di hadiahkan kepada ibu tersayang.




Terima kasih atas ulangan tempahan ini.
Semoga Pn.  Liza sekeluarga sentiasa dirahmati.


Untuk pertanyaan dan tempahan

019-7611538

Isnin, 21 September 2015

Bag Telekung Ibu Pn Hasni



Bag telekung ini tempahan sahabat sepengajian
Pn Hasni, untuk ibunya.


Bag ini berukuran sederhana,
 10" tinggi x 12" lebar x 4" tebal, manakala lengkung tali 20".


Pertanyaan dan tempahan
019-7611538 (kak yan / yanti zaini)

Selasa, 15 September 2015

Cushion Cover Pengantin N & A


Tempahan sarung kusyen untuk pengantin daripada Cik Muniza Dari Kedah.
Sungguh baik hati adik Iza yang menempah set ini untuk dihadiahkan kepada sahabatnya sempena perkahwinan.




Terima kasih kepada adik Iza di atas kepercayaan dan sabar menunggu siapnya sarung kusyen istimewa ini.
Semoga pasangan pengantin yang menerima hadiah ini akan berkekalan jodohnya
 hingga ke jannah.... amin

Sebarang pertanyaan dan tempahan, 
Sila hubungi Kak Yan / Yanti
019-7611538

Khamis, 10 September 2015

Gaun Sulam Reben


Sulaman reben pada gaun kanak-kanak ini saya siapkan untuk puteri kembar 
kepada Pn. Rozi dari Tanah Merah, Kelantan.


Paten sulaman ini adalah idea 100% dari Pn Rozi sendiri.
Warna bunga reben dan bentuk kuntum bunga tabur juga adalah idea beliau.  



Comel sungguh baju anak kembar ini...  
Pastinya berseri anak-anak ini di majlis perkahwinan.




Pertanyaan & tempahan;
019-7611538 - yanti zaini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...