Projek RE Belum Siap





Sulaman Reben untuk langsir tingkap.

Cerita projek belum siap ni bermula pada akhir Januari lalu, Kak June, kakak tiri saya yang sangat sukakan sulaman reben datang ke rumah dan serahkan selonggok kain satin berwarna  kuning terang yang siap dipotong dan berjahit tepi, iaitu 
untuk 2 set langsir pintu, 2 set langsir tingkap, 3 sarung kusyen, 6 chair back ,
 1 alas meja, dan set 6 penutup bekas kuih.   Bila tengok  semua tu, hati saya kata…bila boleh siap ni??....dalam fikiran pula membayangkan macamanalah agaknya  hasil projek ni, tentuya setiap sudut rumah Kak June nanti penuh dengan sulaman reben, yang sedondon pulak tu....  

Sekarang ni rasa tak sabar nak siapkan sebab nak tengok hasilnya….jadi sementara nak tunggu projek ni siap, saya kongsikanlah dulu beberapa gambar sulaman reben yang dah 50% siap ni…


Ulasan

  1. yanti...wah projek besar ni...tak sabar pulak nak tengok keseluruhan hasilnya....siapkan cepat2 yer

    BalasPadam
  2. cantik le.... tak sabar nak tengok kesudahan projek. Kira projek besar nie. Tak sakit tangan ke ms nak jahit reben kat kain. Bagilah le petua skit.sy jadi malas nak buat RE sbb sakit tangan.

    BalasPadam
  3. kak za...memang nak cepat2 siapkan, tp dh cuti sekolah ni macam2 pulak gangguan....

    haliza...tangan takla sakit sangat, sebab sulaman ni pada kain satin je...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular