Set 1, 2, 3.





Sulaman reben pada cushion cover ni saya dah lama siapkan, sejak mula-mula belajar RE dulu, tapi  cuma baru-baru ni saja saya ada masa menjahitnya.  Idea ini adalah inspirasi dari blog Kak Ina  cuma saya buat dalam 3 warna berlainan.  Semasa saya baru siap jahit dan sarungkan bantalnya, anak sulung saya terus ambil,  kemudian mula menyusun sambil mengira berkali-kali 1-2-3, 1-2-3 dan terus terfikir untuk menamakannya SET 123…..

Ulasan

Catatan Popular