Trio Red Velvet Bags
Sulaman reben pada tote bag.
Sebenarnya tiga bag baldu ni saya nak siapkan serentak sebelum Hari Ibu, tapi banyak pulak gangguan semasa nak menyiapkannya, inilah yang dikatakan kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Namun akhirnya, Alhamdulillah...petang tadi siap juga bag untuk mak mertua, kakak, dan kakak ipar saya ni. Semuanya menggunakan material yang sama, kain baldu berwarna merah dan saya siapkan sekali dengan zip di sebelah atas dan poket berzip di sebelah dalam.
Close-up Sulaman Reben Ku
salam, sy nk tanya kat mana nk beli kain velvet ni?
BalasPadam