Table Runner Pn Min.



Produk no : TR011
Saiz : 17" x 52"

Salam, apa khabar semua.  
Baru saja pulih dari sakit gigi selama lebih seminggu, terus menyiapkan tempahan on-line dari Pn Min  yang dah agak lama tertangguh.  Pn Min dari Batu Caves, memilih warna dan paten sulaman seperti ini, serta minta saya menambah lebih banyak bunga di bahagian tengah.  Jadi inilah hasilnya apabila di pasang di atas meja...


Gambar close-up sulaman di bahagian tengah dan hujung table runner.




Saya membentuk folded rose untuk bahagian tengah dan rosette rose untuk bahagian hujung table runner.  Untuk kemasan jahitan tepi kain, saya menambah sulaman french knot di sekelilingnya, menggunakan warna yang sama dengan tassel yang terpasang di kedua-dua hujung table runner.


Harap Pn. Min berpuashati dengan hasil sulaman ini dan tak serik untuk menempah lagi...:)  
Jika anda berminat untuk menempah, sila e-mail atau hubungi/sms nombor handphone saya.  

Ulasan

  1. Salam. Cantik dan menarik. nak tanya daun/bunga halus- halus tu buat gan reben berapa inci? Akak x dpt jumpa yg lebih halus dr 1/4 inci?

    BalasPadam
  2. Wsalam kak Lien, daun halus tu saya pakai reben 1/4 inci. Sebenarnya takla halus sangat, maybe dlm gambar nampak macam halus sikit.

    BalasPadam
  3. cantik...lama dah tingin nak buat table runner...asyik tak sempattt ajer...

    BalasPadam
  4. zaliana: terima kasih...ada masa buatlah satu, mesti cantik.

    BalasPadam
  5. Estou encantada com seu trabalho
    Parabens lindas peças, muito delicados!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular