Isnin, 25 April 2011

Set 1, 2, 3.





Sulaman reben pada cushion cover ni saya dah lama siapkan, sejak mula-mula belajar RE dulu, tapi  cuma baru-baru ni saja saya ada masa menjahitnya.  Idea ini adalah inspirasi dari blog Kak Ina  cuma saya buat dalam 3 warna berlainan.  Semasa saya baru siap jahit dan sarungkan bantalnya, anak sulung saya terus ambil,  kemudian mula menyusun sambil mengira berkali-kali 1-2-3, 1-2-3 dan terus terfikir untuk menamakannya SET 123…..

Selasa, 19 April 2011

Sulam Manik Ku.




Sepanjang minggu lepas saya ketepikan semua peralatan RE, beralih tumpuan ke mesin jahit pulak, menyiapkan baju ipar dan anak yang dah agak lama saya simpan.  Siap jahit, sulam manik pula pada 2 baju kurung ipar saya ni, jadi saya kongsikanlah sulaman manik saya pulak…sulam manik tabur di lengan baju yang simple je…. 





Ahad, 10 April 2011

Langsir Pintu RE untuk Mak.



Langsir Pintu Bersulam Reben untuk Mak.  

Serentak dengan Yellow project dulu, mak juga ada beri kepada saya kain yang telah dipotong dan berjahit tepi untuk langsir pintu, beserta lakaran paten sulamannya sekali.  Langsir ni untuk pintu rumah keluarga kami di kampung, kira projek untuk hari raya jugalah ni....  

Bila paten dan warna bunga pada sulaman kali ini semuanya dah di tetapkan oleh mak sendiri, saya takyah fikir apa-apa lagi...cuma siapkan sulamanannya je…..dan lepas ni mak bolehla menjahitnya pulak.  

Gambar close-up...









Sabtu, 9 April 2011

Bag dan Pouch RE Pertamaku.

Sebenarnya dah lama bercita-cita nak buat RE bag ni, tapi baru sekarang berkesempatan membuatnya…. Terkial-kial juga masa jahit untuk dijadikan bag tu, dan berkali-kali juga  refer pada online tutorial, akhirnya….Alhamdulillah….. siap juga.  

Inilah sulaman reben pada  Bag dan Pouch saya yang pertama....Mak budak baru belajar…. :))



Close-up RE


Jumaat, 1 April 2011

RE Yellow Project….dah pun siap!!


Alhamdulillah…… sulaman reben yang saya namakan Yellow Project untuk Kak June dah berjaya  saya siapkan.  Banyak juga cabaran yang menguji kesabaran sepanjang nak menyiapkan sulaman ni.  

Sekarang  saya dah boleh serahkan kepada tuan empunya untuk  proses seterusnya.  Jadi untuk melihat hasil akhir dan bagaimana rupanya bila telah di pasang di rumah kak June, kita kenalah tunggu sedikit masa lagi atau 
selewat-lewatnya pada hari raya nanti.   Sememangnya.... ini adalah projek untuk hari raya 2011...;)  


Inilah detail  tentang kisah dan gambar Yellow Project ni...

Langsir Pintu Sliding dan 2 pcs Langsir Tingkap. 


Set Chair Back 5 pcs


Alas Meja Kopi.


Tengok alas meja kopi dari sudut pandang depan pulak....


Paten sulaman pada Langsir pintu sliding, 2 pcs langsir tingkap, 5 pcs Chair Back dan alas meja kopi semuanya saya sulam dengan paten sulaman yang sama, seperti gambar close-up ini....



Langsir Pintu.


 Close up sulaman pada langsir pintu.




3 pcs Cushion Cover


Close-up paten sulaman untuk cushion cover.


Cushion cover ni agak istimewa sebab saya cuba buat satu lagi paten sulaman reben untuk bunga ros.  
Ini adalah inspirasi dari kerja tangan  Mak Lang yang dah lama saya pandang dan tenung dalam blognya, cuma baru kali ini saya berjaya mempraktikkannya.   
Silalah pandang, silalah tenung close-up ni, amacam....menjadi tak? 


Ini pula close-up Y stich yang sangat-sangat di minati oleh Kak June, 
awal-awal lagi dia mensyaratkan jahitan ini mesti ada dalam projek ini.


6 pcs Cookies Canister Cover


 Close-up... 


Sekian dulu perkongsian catatan diari jarum emas saya untuk kali ini, komen anda amat di alu-alukan, dan untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, silalah hubungi saya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa emas anda untuk membaca catatan dan menatap semua gambar dalam entry pada kali ini,  kerana.....inilah entry saya yang terpanjang sekali.....:D









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...