Bag Sulam Reben


Bag Telekung Bersulam Reben.
Saiz : 14" tinggi, 15" panjang dan 3" lebar.

Kali ini saya nak kongsikan 4 sulaman reben yang saya siapkan untuk di jadikan bag.
Bag pertama adalah tempahan dari Pn Danni yang memilih bunga ros berwarna ungu.  
Bag telekung kedua pula tempahan dari Pn June yang memilih sulaman  bunga ros berwarna terang.






2 gambar di bawah ini pula adalah sulaman reben untuk pouch bag yang saya siapkan 
untuk tempahan dari Pn Ina dan Pn Lela.  
Ini adalah gambar sulaman  sebelum di di jahit menjadi bag, 
tapi malangnya bila dah siap jahit, saya tak sempat pula nak ambil gambar.  

Pn Lela dan Pn Ina meminta saya buatkan sulaman bunga ros bersaiz kecil,
 jadi untuk sulaman 2 pouch bag ini saya gunakan reben 1/2 inci.  
Hasilnya adalah kuntuman bunga rose yang comel-comel belaka....!



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-7611538 
atau e-mail kepada saya di yantizaini@yahoo.com

Ulasan

Catatan Popular