Hasil Sulaman Reben Ku di Rumah Kak June

Assalamualaikum dan Salam kepada pengunjung blog Diari Jarum Emasku. 

Dah lama tak update blog ni, setiap kali selepas menyiapkan produk sulaman reben, saya cuma sempat ambil gambar dan mengedit gambar saja, dan sudahnya.... berlambak-lambak gambar yang menanti untuk di up-load ke blog.  Insya-Allah, saya akan cuba uploadkan kesemua gambar-gambar tersebut dalam masa terdekat ini.  

Sebagai permulaan saya nak kongsikan hasil sulaman reben saya yang telah lama siap di pasang di rumah Kak June di Batu Pahat.  Jika anda ingat Yellow Project yang saya siapkan pada tahun lepas, inilah hasilnya........(maaf jika gambar kurang memuaskan).



Antara sulaman reben sebelum dijahit menjadi langsir, table runner, cushion cover dan 
penutup bekas kuih.

Abaikan bantal kusyen yang berwarna cream tu dulu ya, 
saya akan kongsikan tentang sualaman itu kemudian dalam entry akan datang.

   
 


 

Jika anda berminat nak menghias rumah anda dengan sulaman reben seperti rumah kak June, 
bolehlah hubungi saya di 019-7611538 atau e-mail yantizaini@yahoo.com


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular