Bag Telekung Sulam Reben - Siri 2



 Sulaman reben bag telekung Siri ke 2 adalah tempahan dari rakan-rakan dan 
saudara-mara Pn. June, Batu Pahat.  
Tempahan kali ini ada pelbagai saiz dan paten, seperti di bawah ni...


Ini adalah paten sulaman bunga reben dalam bakul yang seakan sama tapi tak serupa.
Saya juga menyiapkan tempahan 2 bag telekung ini pada masa yang berbeza. 
Tapi disebabkan paten ini seakan sama, jadi saya masukkan dalam satu entry...
bukannya apa, lebih mudah jika nak membuat perbandingan.


 Warna fabrik bag telekung ini nampak macam hitam, tapi sebenarnya ia adalah blue-black, 
sepertimana permintaan dari Pn. June...



Harap tak keliru dengan 2 paten sulaman reben yang di atas ini.
Paten ini adalah salinan dari 2 paten sulaman Bag Telekung Sulam Reben Siri 1,
 cuma warna rebennya adalah 100% pilihan Pn. June sendiri.  


 

Beginilah bila bag-bag ini di gayakan di taman orkid mak kami, 
yang pasti, saya sendiri sangat sukakan background gambar untuk entry kali ini....;)



Untuk pertanyaan, sila hubungi 019-7611538 atau e-mail yantizaini@yahoo.com


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular