Ahad, 30 September 2012

Table Runner Pn Hasni - Siri 2



Satu lagi table runner tempahan Pn. Hasni untuk ibunya berukuran 150 cm panjang dan 90 cm lebar.  Kain berwarna cream manjadi pilihan, jadi saya sulamkan dengan bunga reben berwarna 
maroon dan kuning air.  




Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi yantizaini@yahoo.com atau h/p no. 019-7611538.


Sabtu, 29 September 2012

Table Runner Pn Hasni


Table runner bersulam reben untuk Pn Hasni dengan pilihan warna dan bunga reben 
yang sama seperti  tempahan Alas Meja Maroon.  
Ukuran panjang 15 inci dan lebar 58 inci.




Khamis, 27 September 2012

RE untuk Pn Syikin - Siri 2


Mini bolster untuk hiasan dalam kereta bersaiz 13 inci panjang dengan diameter 7 inci.




Set lengkap sulaman reben sepasang cushion cover dan mini bolster serta tisu box cover 
tempahan dari Pn Syikin.
Jika berminat untuk menempah sila hubungi 019-7611538 atau e-mail di yantizaini@yahoo.com



Isnin, 24 September 2012

Set Sulaman Reben untuk Pn Syikin

Tempahan sulaman reben kali ini adalah untuk hiasan di dalam kereta.  Warna tema pilihan adalah maroon dan pink, untuk kainnya pula Pn Syikin memilih kain satin berwarna cream. 





Maaf jika gambar seperti kurang cahaya, sebenarnya ini adalah warna bright maroon
tapi dalam gambar nampak macam dark maroon kan?


Sebenarnya tempahan set sulaman reben Pn Syikin merangkumi sepasang cushion cover, 
tissue box cover dan sepasang mini bolster.  



Gambar sulaman sebelum siap di jahit, InsyaAllah pada entry akan datang 
saya akan paparkan gambar sulaman reben untuk mini bolster pula...


Sabtu, 22 September 2012

4 RE Cosmetic Pouch

Hari ni tak banyak masa nak update blog, jadi saya cuma sempat kongsikan 
gambar 4 Cosmetic Pouch bersulam reben yang saya buatkan untuk 4 guru tadika 
anak sulung saya pada May lepas.  




Akan menyusul dengan catatan hasil sulaman reben 
bulan May 2012 yang lain pula....InsyaAllah...



Khamis, 20 September 2012

7 Kusyen Bersulam Vintage Ros


Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Lanjutan dari catatan hasil sulaman saya di rumah Kak June, hari ini saya kongsikan pula tentang sulaman reben pada 7 bantal kusyen yang telah siap pada bulan May lalu.  Untuk tempahan bantal kusyen kali ini Kak June memilih sulaman bunga ros warna pink vintage untuk dipadankan pada kain satin berwarna cream.  



Ini adalah pertama kali saya membuat sulaman bunga hydrangea.  
Agak payah juga nak memilih warna yang sesuai dan terpaksa beberapa kali buka semula jahitan 
disebabkan warna yang kurang memuaskan.   Akhirnya jadilah seperti ini...


Beginilah gambaran kesemua 7 hasil sulaman sebelum di jahit.  
Aduhai...,sakit pinggangku nak menyiapkannya....  



Selasa, 18 September 2012

Hasil Sulaman Reben Ku di Rumah Kak June

Assalamualaikum dan Salam kepada pengunjung blog Diari Jarum Emasku. 

Dah lama tak update blog ni, setiap kali selepas menyiapkan produk sulaman reben, saya cuma sempat ambil gambar dan mengedit gambar saja, dan sudahnya.... berlambak-lambak gambar yang menanti untuk di up-load ke blog.  Insya-Allah, saya akan cuba uploadkan kesemua gambar-gambar tersebut dalam masa terdekat ini.  

Sebagai permulaan saya nak kongsikan hasil sulaman reben saya yang telah lama siap di pasang di rumah Kak June di Batu Pahat.  Jika anda ingat Yellow Project yang saya siapkan pada tahun lepas, inilah hasilnya........(maaf jika gambar kurang memuaskan).



Antara sulaman reben sebelum dijahit menjadi langsir, table runner, cushion cover dan 
penutup bekas kuih.

Abaikan bantal kusyen yang berwarna cream tu dulu ya, 
saya akan kongsikan tentang sualaman itu kemudian dalam entry akan datang.

   
 


 

Jika anda berminat nak menghias rumah anda dengan sulaman reben seperti rumah kak June, 
bolehlah hubungi saya di 019-7611538 atau e-mail yantizaini@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...