Baju Kurung Sulam Reben 2013
Menjelang raya 2013, saya ingin kongsikan satu lagi paten sulaman reben yang sesuai
untuk baju kurung pesak dan juga baju kurung pahang.
Ilham paten sulaman dari segi susunan bunga reben ini saya perolehi
dari paten kain bersulam manik yang banyak terpapar di kedai-kedai kain online.
Saya memilih paten ini kerana ianya tidak terlalu sarat dan juga sesuai di pakai oleh mereka yang bertudung.
Gambar di sebelah kiri adalah baju kurung pesak kepunyaan Pn. Liza Ariff yang menghantar kepada saya
baju polos berwarna coklat bersama kain batik Indonesia untuk disulam dengan bunga reben.
Baju ini adalah untuk dipakai pada majlis pernikahan adiknya.
Gambar di sebalah kanan adalah baju kurung pahang koleksi sendiri sebagai sample
kepada yang berminat untuk membuat tempahan.
Baju ini saya juga telah saya pamerkan di gerai pameran karnival jualan yang saya sertai
pada awal bulan lepas.
Warna latar baju kurung Pn. Liza kali ini agak gelap,
jadi saya sulamkan bunga reben berwarna terang untuk menaikkan serinya.
Ternyata Pn. Liza amat berpuashati dengan hasil sulaman ini.
Warna latar baju dari kapas ini adalah warna kegemaran saya.
Untuk tidak mahu nampak terlalu sarat, saya hanya membuat susunan bunga reben
yang agak jarang berbanding paten asal sulaman reben ini.
Terima kasih sekali lagi kepada Pn. Liza Ariff di atas tempahan ini.
Kepada yang berminat dengan paten ini, tempahan masih dibuka sehingga akhir bulan ini.
Suka dan nak tempah? Sila hubungi 019-7611538
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamCantik...aku suka
BalasPadam