Gubahan Hantaran - Siri 1: 2014

Satu perkongsian tentang gubahan hantaran pertunangan anak saudara saya pada Februari lepas. 



 

Untuk gubahan ini, saya sengaja nak kongsikan kepada anda hasil tangan mak kami yang sangat kreatif,
di mana mak telah menghasilkan bunga ros kertas untuk hiasan gubahan ini.  

Sekarang ni susah nak jumpa bunga ros kertas zaman dulu-dulu ni kan....adik saya kata,
"Mak kite jer ade..."

Dan yang paling jarang ditemui ialah seni gubahan di bawah ini...
Cuba teka apa isi di dalam buah emas berduri ini?


Pn. Rasimah - menjadi mak kami sejak tahun 2008 bila mana beliau menjadi isteri ayah kami setelah mak kandung kembali ke Rahmatullah.
Sejak mengenali mak, banyak perkongsian idea dan komen dari mak dapat saya manfaatkan dalam menghasilkan produk sulaman reben. 

Kembali kepada gambar terakhir yang saya kongsikan, orang dulu-dulu membuat bunga telur 
dengan membungkus telur rebus di dalam kelongsong telur yang telah
digubah menjadi sarung berduri seperti itu untuk mengelakkan telur daripada mudah pecah.
Tapi isi dalam gubahan tersebut bukannya telur.  Ianya adalah gula-gula...menarik kan..?

Point penting di sini, 
saya sendiri tak pernah tahu bahawa orang kita mempunai warian seni gubahan seperti itu 
hinggalah mak hadir dalam keluarga kami.
"Terima Kasih Mak".

p/s: saya cuma tukang pasang bunga kertas yang warna kuning dan pink tu aje....heee...



Ulasan

Catatan Popular