Sulaman Reben Hiasan Bilik Pengantin


Set hiasan bilik pengantin tempahan Cik Rose dari Kuantan,
berupa 6 jenis produk sulaman reben.
Set sepasang sarung bantal tidur, sepasang sarung bantal bulat pendek (mini bolster),
 sepasang pengikat langsir tingkap, alas meja solek berbentuk runner (table runner),
 hiasan katil yang juga berbentuk runner (bed runner) dan sarung kotak tisu.

1. Sarung bantal tidur.


Gambar di bawah adalah langkah pertama menyiapkan tempahan ini yang dimulakan 
sejak bulan Ogos lagi.


2.  Sarung Bantal Bulat / Mini Bolster


Kombinasi warna terang iaitu merah, pink dan kuning ini menyerlahkan lagi seri sualaman reben untuk pengantin ini.


3.  Pengikat Langsir Tingkap Bilik Pengantin


4. Sarung Kotak Tisu


5 dan 6.  Bed Runner dan Runner Meja Solek.

Bed Runner adalah untuk menghiasi cadar pengantin yang berwarna krim putih kosong.
Saiz dan panjang bed runner ini sesuai digunakan untuk table runner meja makan 6 kerusi.


Alas meja solek di dalam gambar ini ialah yang bersaiz pendek, yang mana runner/alas ini juga sesuai digunakan untuk meja kopi atau meja sofa.


Lengkaplah set sulaman reben untuk hiasan bilik pengantin Cik Rose dan telah siap di bungkus dalam dua kotak khas bersaiz besar sebelum di pos ke Kuantan, Pahang.



Alhamdulillah.....
Jika berminat dengan set seperti ini, 
dail terus atau whatsApp ke 019-7611538 (yanti zaini)



Ulasan

Catatan Popular