RE Yellow Project….dah pun siap!!


Alhamdulillah…… sulaman reben yang saya namakan Yellow Project untuk Kak June dah berjaya  saya siapkan.  Banyak juga cabaran yang menguji kesabaran sepanjang nak menyiapkan sulaman ni.  

Sekarang  saya dah boleh serahkan kepada tuan empunya untuk  proses seterusnya.  Jadi untuk melihat hasil akhir dan bagaimana rupanya bila telah di pasang di rumah kak June, kita kenalah tunggu sedikit masa lagi atau 
selewat-lewatnya pada hari raya nanti.   Sememangnya.... ini adalah projek untuk hari raya 2011...;)  


Inilah detail  tentang kisah dan gambar Yellow Project ni...

Langsir Pintu Sliding dan 2 pcs Langsir Tingkap. 


Set Chair Back 5 pcs


Alas Meja Kopi.


Tengok alas meja kopi dari sudut pandang depan pulak....


Paten sulaman pada Langsir pintu sliding, 2 pcs langsir tingkap, 5 pcs Chair Back dan alas meja kopi semuanya saya sulam dengan paten sulaman yang sama, seperti gambar close-up ini....



Langsir Pintu.


 Close up sulaman pada langsir pintu.




3 pcs Cushion Cover


Close-up paten sulaman untuk cushion cover.


Cushion cover ni agak istimewa sebab saya cuba buat satu lagi paten sulaman reben untuk bunga ros.  
Ini adalah inspirasi dari kerja tangan  Mak Lang yang dah lama saya pandang dan tenung dalam blognya, cuma baru kali ini saya berjaya mempraktikkannya.   
Silalah pandang, silalah tenung close-up ni, amacam....menjadi tak? 


Ini pula close-up Y stich yang sangat-sangat di minati oleh Kak June, 
awal-awal lagi dia mensyaratkan jahitan ini mesti ada dalam projek ini.


6 pcs Cookies Canister Cover


 Close-up... 


Sekian dulu perkongsian catatan diari jarum emas saya untuk kali ini, komen anda amat di alu-alukan, dan untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, silalah hubungi saya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa emas anda untuk membaca catatan dan menatap semua gambar dalam entry pada kali ini,  kerana.....inilah entry saya yang terpanjang sekali.....:D









Ulasan

  1. wow!!!!!...amat rajin dan kak na tabik spring kat yanti sbb berjaya menyiapkan projek nie!!! bukan calang2 org boleh siapkan sebegini banyak set !!!...kalau kak na tak taulah..mau makan tahun baru siap..tahniah yanti!!!!!

    BalasPadam
  2. memang jenuh nak siapkan tu kak ina, genap 2 bulan tak lena tidur dan hati tak senang, bila dah siap...lega!! anyway thanks ya kak ina...

    BalasPadam
  3. cik yanti, xboleh kurang ke harga?
    nak bawak naik KL nia..hehe
    brapa boleh bagi? boleh story kat orang.. :)

    BalasPadam
  4. wanie, tentulah boleh...nak bawak utk sapa pulak ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular