Baby Set Pn. Lilydiana


Repeat order dari Pn. Lilydiana, Shah Alam, Selangor.
Kali ini menempah sulaman reben untuk set bayi iaitu sarung tilam, 
2 sarung bantal dan 2 sarung bantal peluk sebagai persiapan menyambut kelahiran anak kedua.


Saiz sarung tilam : 30 x 40 inci
Saiz sarung bantal : 10 x 14 inci
Saiz sarung bantal peluk : 8 x 19 inci


Kesemua paten sulaman, warna bunga dan renda mengikut pilihan Pn. Lily, 
yang mana hasilnya nampak sangat meriah, cantik dan comel.  

Close-up gambar paten sulaman:

 Paten sulaman untuk dua belah kiri dan kanan bantal,
dan paten yang sama ini untuk dua hujung bantal peluk

Paten sulaman untuk empat penjuru sarung tilam, 
yang mana di bahagian tengahnya di biarkan kosong untuk keselesaan bayi.
Gambar sulaman di dua penjuru sarung tilam seperti di bawah.


Close-up dari sudut lain:




Di bawah ini pula adalah satu lagi set bayi yang turut di tempah oleh Pn. Lily.


Set kedua ini adalah set bayi tanpa sulaman reben yang sangat ringkas dan comel.
Saya sukakan gabungan warna kain dan  renda yang lain dari yang biasa kita lihat, 
iaitu kain berwarna turqoise dan renda berwarna biru cair.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, 
sila hubungi 019-7611538 atau e-mail : yantizaini@yahoo.com


Ulasan

  1. Acabei de conhecer o seu blog e achei maravilhoso.Já parte dos meus favoritos.Lindo!!! Me visite:http://algodaotaodoce.blogspot.com.br/
    Siga-me e pegue o meu selinho!!!

    Obrigada.

    Beijos Marie.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular