Set RE Pn Juhara


Tempahan dari Pn Juhara, dari Kudat, Sabah.  
Pn Ju memilih paten sulaman reben Lingkaran Kasih, kain berwarna silver, 
bunga ros warna turqoise, cream dan pink,
untuk dipadankan dengan warna temanya iaitu warna biru. 

Sepasang sarung kusyen sulam reben bersaiz 16 x 16 inci.

Dua pasang pengikat langsir bersulam reben, 
yang berukuran 23 inci panjang dan 5 inci lebar .

Sarung kotak tisu yang saya reka khas mengikut paten sulaman Lingkaran Kasih,
 muat untuk kotak tisu saiz besar.

Table runner sulaman reben Lingkaran Kasih bersaiz
58 inci panjang dan 15 inci lebar.

Ukuran table runner yang sememangnya panjang ni selalu memeningkan saya ketika mengambil gambar.
Itulah sebabnya mengapa sebelum ini ada kalanya saya tak dapat ambil gambar penuh table runner.
Tapi tidak pada kali ini, 
gambar di atas akhirnya berjaya saya ambil, itupun dengan berdiri di atas kerusi.

Gambar close-up paten Lingkaran Kasih untuk pengikat langsir.  
Tempahan dan juga hasil pertama sulaman reben pada pengikat langsir.
Sebelum ini pernah bercita-cita nak buat sepasang untuk rumah sendiri, tapi sampai sekarang belum tercapai.

 
Inilah gambaran terakhir produk RE untuk Pn Juhara.
Mujur sempat ambil gambar sebelum di bungkus dengan plastik dan kemudiannya di balut  pula dengan kertas. 
Semuanya berlipat kemas di dalam kotak khas, untuk mengelakkan agar ianya tidak terlalu padat dan tidak terlalu longgar.  

Macam-macam boleh terjadi sewaktu dalam penghantaran, maka inilah ikhtiar saya untuk 
memastikan produk ini sampai kepada pelanggan dalam keadaan yang terbaik. 

Berminat untuk membuat tempahan, 
sila hubungi 019-7611538 atau e-mail kepada yantizaini@yahoo.com



Ulasan

Catatan Popular