Bermulanya Dunia Baru Di Tahun Baru
SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Alhamdulillah, 2011 telahpun muncul seiring dengan kemunculan blog bernama JARUM EMASKU ini. Assalammualaikum kepada semua pembaca catatan pertama blog ini. TERIMA KASIH kerana memberikan sedikit masa anda membaca blog ini.
Wah.....macam tak percaya saya dah berjaya membuka blog khusus untuk berkongsi hobi dan kegemaran saya iaitu segala yang berkaitan dengan JARUM iaitu jahitan dan sulaman.
Sulaman adalah satu bidang seni kreatif yang amat saya minati. Sulaman reben dan manik pula masih agak baru dikalangan masyarakat kita, malah masih ramai yang belum mengenalinya. Saya berdoa semoga blog ini akan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi dengan ramai lagi rakan blog yang berbakat dan lebih berpengalaman dalam bidang ini.
Sulaman reben dan manik adalah seni kreatif yang agak baru bagi diri saya. Semuanya bermula hampir setahun lalu apabila saya menemui laman-laman blogspot milik insan yang amat berbakat dan berpengalaman. Saya sangat mengkagumi bakat seni Pn Ann (diariann.blogspot.com), En Sheik (serisulamanmanik.blogspot.com), Pn Zaliana (ribbonpetals.blogspot.com), Jahitan Maklang (jahitanmaklang.blogspot.com), Kak Ina (sulamanchanting.blogspot.com) dan ramai lagi. Walaupun saya belum berpeluang untuk bertemu atau menghadiri kelas jahitan mereka (sebenarnya teringin sangattt...), namun boleh di katakan laman blog mereka telah menjadi satu keutamaan dan hampir setiap hari saya layari.
Hasil jahitan yang dipaparkan dalam blog mereka juga telah menjadi inspirasi pada sulaman yang telah saya hasilkan dan insyaAllah saya akan kongsikan dalam blog ini nanti.

Ulasan
Catat Ulasan