Sulaman Reben Pertamaku
Koleksi No.: CC001
Saiz: 16 x 16 inci.
Segugus bunga ros di atas bantal kusyen.
Saya adalah peminat bunga ros, tak kira apapun warna dan jenisnya. Bila menatap bunga ini, perasaan saya akan tenang dan gembira. Hati saya pula akan rasa berbunga-bunga, tak kiralah berapa kali dan berapa lamapun saya menatapnya. Bila dapat tahu bahawa reben satin bileh di bentuk sebegitu cantik hingga boleh membentuk bunga ros yang seakan asli, saya terus jatuh hati dengan sulaman reben ini. Lalu terhasillah sulaman reben saya yang pertama ini. Cuma satu percubaan yang tak seberapa dan kurang sempurna, tapi saya sangat seronok dan teruja sekali.
Untuk sulaman ini saya telah memanfaatkan semua material dari Kit Asas Sulaman Reben yang saya beli secara on-line dari Pn Ann, termasuklah jarum dan reben satin pelbagai saiz, kain, pemidang, benang sulam, penebuk lubang dan beberapa lagi material lain. Manakala paten sulaman ini saya mandapat ilham dari hasil jahitan Mak Lang. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada dua insan hebat ini.
cantiknyerrr ...
BalasPadam